Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/1261
Title: Perkembangan Bidang Penyiaran dan Kewartawanan di Malaysia (1990 hingga 2000)
Authors: Rosidayu Hj. Sabran
Siti Suriani Hj. Othman
Issue Date: 18-Mar-2009
Series/Report no.: CODE: P(1)/K/2006;
Abstract: Bidang penyiaran dan kewartawanan adalah dua cabang utama ddalam pengajian sebaran am di Malaysia. Penyiaran merujuk kepada industry penyiaran yang merangkumi penyiaran radio dan television. Manakala kewartawaan merujuk kepada kewartawanan akhbar dan kewartawanan majalah. Kedua-dua bidang ini sama penting dan banyak menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Negara sejak zaman sebelum merdeka lagi. Walau bagaimanapun, tidak banyak maklumat yang dapat dikumpulkan dalam menilai sejauhmana kedua-dua bidang ini berkembang di Malaysia. Kaedah temubual mendalam digunakan bagi mengenalpasti sejauhmana bidang penyiaran dan kewartawanan berkembang. Kajian ini mengkhusus kepada tempoh tertentu sahaja iaitu antara tahun 1990 hinga 2000 kerana terdapat banyak peristiwa penting berlaku dalam tempoh yang dinyatakan seperti proses deregulasi media dan krisis kewangan. Apakah kesannya teerhadap kedua-dua bidang ini? Sebagai sebuah Negara Islam, sejauhmanakah pula perkembangan penyiaran dan kewartawanan yang bercirikan islam? Akhirnya, dapatan kajian mendapati bahawa bidang penyiaran dan kewartawanan sememangnya berkembang pesat dari pelbagai segi seperti pertambahan bilangan stesen penyiaran dan organisasi akhbar dan majalah, teknologi penyampaian, teknologi peralatan, kepelbagaian kadungan rancangan rancangan dan berita, genre serta corak penulisan berita.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1261
Appears in Collections:Year 2007

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Rosidayu Haji Sabran -- P(1)-K-2006.pdf18.7 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.