Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14085
Title: Pendekatan Al-Quran dan Alsunnah Dalam Menyantuni Mualaf
Authors: Zulhelmi , M.N, Azman , A.R
Keywords: Mualaf, Perspektif, Al-Quran, Al-Sunnah, agama Islam.
Issue Date: 2015
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Series/Report no.: Vol 6 2015;
Abstract: Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh umat manusia tanpa mengira pangkat, darjat, keturunan dan bangsa. Kesempurnaan dan kelestarian Islam amat terserlah melalui layanan terhadap semua makhluk Allah SWT di muka bumi ini menerusi hukum hakam dan perundangan yang dibawa. Kehebatan Islam lebih dirasai oleh setiap yang mempercayai, menyakini dan beriman dengan Allah SWT. Kesemua sudut kehidupan dan keadaan diraikan oleh agama yang mulia ini. Bagi seseorang yang baru memeluk agama Islam atau lebih dikenali sebagai mualaf, mereka turut tidak ditinggalkan dalam perbahasan agama, malah golongan mualaf merupakan kelompok yang kembali kepada fitrah kejadiannya yang dicipta oleh Allah SWT dan sebagai kumpulan yang meramaikan umat Nabi Muhammad SAW. Kumpulan ini dihuraikan oleh al-Quran dan hadis dengan memaparkan hak-hak dan tanggungjawab serta perkara-perkara yang menjadi kepentingan agama itu sendiri. Maka, artikel ini dihasilkan sebagai mengemukakan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW sekitar mualaf dan melihat kupasan ulama terdahulu berkaitan dengannya. Ia juga akan mengupas aspek yang menjadi fokus utama ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW. Ayat-ayat al-Quran yang menyentuh المؤلفة قلوبهم serta hadis-hadis Nabi SAW akan diamati dan dikeluarkan topik perbincangannya dengan disokong oleh pandangan ulama, sebagai menjelaskan ciri-ciri yang mesti diraikan dan diuruskan oleh seluruh umat Islam dari pelbagai peringkat terhadap golongan “Mualaf”. Seterusnya konklusi berkaitan dengan fokus ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW berkaitan dengan “Mualaf” akan dapat diperhatikan. Objektif daripada artikel ini adalah untuk mengumpul dan menghuraikan ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW berkaitan mualaf, melihat aspek penekanan yang mesti diberi perhatian oleh semua kelompok masyarakat dan mencadangkan perkara-perkara yang mesti diberi keutamaan. Diharapkan artikel ini dapat menambah maklumat penting tentang mualaf yang semakin hilang daripada pengamatan seluruh kaum muslimin, menerbitkan perasaan bertanggungjawab dan melaksanakan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14085
ISSN: 0127- 8886
Appears in Collections:JFMR - Vol. 6, 2015

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
51-172-1-PB.pdf1.01 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.