Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14091
Title: Kepentingan Ilmu Perbandingan Agama Dalam Modul Pengurusan Mualaf Di Negeri Sembilan: Analisis Perspektif Da’i Dan Mad’u
Authors: Wan Mohd. Fazrul Azdi , W.R, Azman , A.R, Irwan , M.S, Mahazan , A.M, Nuradli Ridzwan Shah , M.D, Rose Irnawaty Ibrahim, Norlina Ismail
Keywords: Ilmu Perbandingan Agama, Modul Pengurusan Mualaf, Negeri Sembilan, Perspektif Madcu dan Perspektif Daci.
Issue Date: 2015
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Series/Report no.: Vol 6 2015;
Abstract: Artikel ini membincangkan kepentingan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf di Negeri Sembilan dengan menganalisis perspektif daci dan madcu. Ilmu perbandingan agama adalah sebuah ilmu yang membahaskan berkenaan aspek-aspek dalam agama seperti sejarah, kepercayaan, amalan, akhlak dan lain-lain secara perbandingan antara dua atau lebih agama. Dalam catatan sejarah Islam, terdapat ramai orang Islam awal dan moden yang memeluk Islam kerana tersentuh dengan ilmu perbandingan agama. Tumpuan kajian kepentingan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf ini adalah dengan melihat kepada dua sisi yang utama iaitu perspektif mualaf dan perspektif pengajar mualaf di Negeri Sembilan. Data primer bagi kajian ini telah diperolehi daripada pengedaran borang kaji selidik (questionnaires) kepada 20 orang responden daripada kalangan mualaf dan 5 orang pengajar mualaf. Pengagihan borang soal selidik ini dibuat berdasarkan teori persampelan purposif. Secara keseluruhannya, kesemua responden daripada kalangan mualaf dan pengajar mualaf memberikan respon yang positif berkenaan kepentingan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf. Kesemua mereka bersetuju bahawa penerapan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf dapat meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan para mualaf, termasuklah dari sudut ketuhanan (akidah), ibadah dan akhlak. Artikel ini mencadangkan agar kesemua institusi pengajaran dan latihan mualaf di Malaysia khususnya, atau antarabangsa umumnya, untuk menerapkan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf masing-masing. Menerusi penerapan kandungan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf, para mualaf akan dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan mereka berkenaan ajaran Islam secara perbandingan dengan agama-agama lain.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14091
ISSN: 0127- 8886
Appears in Collections:JFMR - Vol. 6, 2015

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
50-168-1-PB.pdf512.43 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.