Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14094
Title: Persepsi Mualaf Terhadap Pengisian Pengislaman dan Program Pembangunan Mualaf: Kajian di Negeri Sembilan
Authors: Azman Ab Rahman, Irwan , M.S, Mahazan , A.M, Wan Mohd. Fazrul Azdi , W.R, Nuradli Ridzwan Shah , M.D, Rose Irnawaty Ibrahim, Norlina Ismail
Keywords: Persepsi Mualaf, Pemelukan Agama Islam, Pengisian Pengislaman, Program Sokongan Mualaf, Negeri Sembilan.
Issue Date: 2015
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Series/Report no.: Vol 6 2015;
Abstract: Islam semakin mendapat tempat di hati masyarakat bukan Islam. Buktinya, statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia merekodkan peningkatan jumlah mualaf sehingga 76,663 orang di seluruh Malaysia bagi tahun 2000 sehingga tahun 2009. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong golongan ini mendekati Islam. Misalnya, ada yang terkesan dengan penyampaian dakwah yang berhikmah oleh para daie yang mendekati golongan ini. Namun begitu, peranan pengurusan dan pengisian program selepas pengislaman seseorang individu sebagai daya tarikan kepada golongan ini tidak dapat diketepikan. Justeru, artikel ini adalah untuk mengenal pasti persepsi mualaf terhadap pengisian dan program pembangunan mualaf yang disediakan khususnya di Negeri Sembilan. Pengenalpastian beberapa aspek lain yang perlu diberi perhatian termasuklah dari sudut proses pengislaman, pengisian pengislaman dan program sokongan mualaf turut menjadi fokus perbincangan dalam artikel ini. Artikel mendapati bahawa pengisian sedia ada kepada mualaf hampir memenuhi kesemua aspek keperluan mualaf, namun masih terdapat beberapa lakuna yang memerlukan kepada penambahbaikan. Artikel mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk memantapkan lagi pengurusan sedia ada terutamanya berkaitan modul atau kursus yang disediakan dan juga jangka masa kursus. Kajian lanjutan perlu dijalankan bagi mengenal pasti kekangan pengurusan mualaf yang dihadapi dari semasa ke semasa supaya dapat memantapkan lagi keberkesanan pengurusan mualaf mulai dari fasa sebelum, semasa dan selepas memeluk agama Islam.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14094
ISSN: 0127- 8886
Appears in Collections:JFMR - Vol. 6, 2015

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
53-180-1-PB.pdf261.05 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.