Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14095
Title: Indeks Pengukuran Penentuan Had Tempoh Mualaf di Malaysia
Authors: Azman , A.R, Irwan , M.S, Wan Mohd. Fazrul Azdi , W.R, Nuradli Ridzwan Shah , M.D, Rose Irnawaty Ibrahim, Norlina Ismail
Keywords: Mualaf, Indeks Penentuan Had Tempoh, Pengukuran, Zakat, Malaysia
Issue Date: 2015
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Series/Report no.: Vol 6 2015;
Abstract: Statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia pada tahun 2012 menunjukkan peningkatan kadar pemelukan agama Islam seramai 76, 663 orang di antara tahun 2002 sehingga tahun 2009, sekaligus membuktikan penerimaan yang baik terhadap agama Islam daripada golongan bukan Islam. Mereka yang baru memeluk agama Islam ini secara urufnya digelar sebagai mualaf dan mempunyai hak dalam saham zakat. Namun, persoalan timbul berkaitan penentuan Indeks Pengukuran Penentuan Had Tempoh Mualaf di Malaysia had tempoh panggilan mualaf yang tidak seragam antara negeri di Malaysia khususnya dari sudut kerelevanan panggilan mualaf yang masih digunakan kepada golongan mualaf yang sudah puluhan tahun memeluk agama Islam. Perbezaan had tempoh panggilan mualaf turut memberi impak kepada agihan zakat kepada mualaf. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti had tempoh mualaf yang ditetapkan oleh negeri-negeri di Malaysia seterusnya menganalisis dan mengenal pasti indeks pengukuran bagi penentuan had tempoh mualaf yang sesuai diaplikasi di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa tiada keseragaman antara negeri di Malaysia dalam menentukan had tempoh mualaf. Justeru kajian mencadangkan had tempoh sehingga lapan (8) tahun sebagai indeks pengukuran kefahaman, pengukuhan dan kemantapan Islam seseorang mualaf dengan melihat kepada tempoh peralihan seseorang individu itu daripada umur mumayyiz sehingga baligh iaitu satu jangka masa pembelajaran dan pemahaman ilmu agama sebelum ditaklifkan tanggungjawab Islam sepenuhnya ke atas individu tersebut. Penentuan indeks pengukuran had tempoh mualaf di Malaysia penting bagi membezakan mualaf yang benar-benar memahami Islam seterusnya dapat membantu dari sudut keselarasan penyaluran skim bantuan agihan zakat bagi asnaf mualaf.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14095
ISSN: 0127- 8886
Appears in Collections:JFMR - Vol. 6, 2015

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
49-164-1-PB.pdf425.46 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.