Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14096
Title: Analisis Pentafsiran Mualaf Menurut Islam dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri di Malaysia
Authors: Azman , A.R, Irwan , M.S, Mahazan , A.M, Nuradli Ridzwan Shah ,M.D, Wan Mohd. Fazrul Azdi , W.R, Rose Irnawaty Ibrahim, Norlina Ismail
Keywords: Mualaf, Enakmen Pentadbiran Agama Islam, Ulama Mazhab, Dakwah Non-Muslim, Malaysia.
Issue Date: 2015
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Series/Report no.: Vol 6 2015;
Abstract: Mualaf dikategorikan sebagai golongan yang berhak menerima bahagian zakat dalam Islam. Terdapat perbezaan pentafsiran definisi mualaf yang boleh mempengaruhi pengurusan agihan zakat. Perbezaan yang mungkin wujud adalah sama ada orang bukan Islam yang cenderung kepada Islam juga berhak menerima bahagian zakat ataupun tidak. Justeru, objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti definisi mualaf berdasarkan perbahasan ulama terdahulu dan kontemporari daripada pelbagai madhhab secara terperinci. Artikel ini turut menganalisis pentafsiran mualaf menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Artikel ini mendapati bahawa terdapat beberapa perbezaan yang wujud dalam pentafsiran asnaf mualaf sama ada menurut pandangan imam-imam madhhab mahupun klausa-klausa di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri. Ulama bersepakat menerima definisi mualaf sebagai individu yang baru memeluk agama Islam tetapi berselisih pendapat dalam menerima orang bukan Islam yang cenderung hatinya kepada Islam sebagai sebahagian daripada mualaf yang berhak ke atas zakat. Artikel ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap varsiti pentafsiran mualaf sekaligus mencetuskan model pengurusan baharu dalam agihan bantuan zakat. Kajian lanjutan boleh dilakukan bagi mengenal pasti hukum menggunakan dana zakat dalam dakwah non-Muslim di Malaysia.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14096
ISSN: 0127- 8886
Appears in Collections:JFMR - Vol. 6, 2015

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
48-160-1-PB.pdf481.64 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.