Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14214
Title: Salah guna aset: peranan pentadbir universiti
Authors: Hafizah Marzuki
Alliza Ayob
Intan Zurina Md Naain
Nur Farzana Rahaizak
Keywords: Self-auditing
Fraud
Issue Date: 14-Mar-2017
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Kertas kerja ini bertujuan untuk mengupas isu dan permasalahan berkaitan salah guna aset dalam kalangan penjawat awam. Salah guna aset merupakan salah satu cabang fraud dalam pekerjaan. Hakikatnya masih ramai yang tidak sedar bahawa salah guna aset ini adalah perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang mahupun agama. Ini kerana perbuatan ini telah menjadi satu budaya toksik dalam kalangan penjawat awam. Teori the Fraud Diamond menjelaskan terdapat empat elemen utama yang menyebabkan salah guna aset berlaku iaitu peluang, tekanan, kebolehan dan rasional. Justeru, dalam hal ini para pentadbir memainkan peranan penting dalam mencegah dan mengawal penularan budaya toksik dalam pekerjaan khususnya perbuatan salah guna aset. Oleh yang demikian, beberapa amalan terbaik telah dikenal pasti dan boleh dipraktikkan oleh para pentadbir dalam usaha membasmi gejala fraud ini. Antaranya, pemeriksaan mengejut dan pendekatan self-auditing dikatakan mampu menutup peluang individu untuk melakukan salah guna aset. Selain itu, para pentadbir juga disarankan untuk mengamalkan prinsip professional skepticism dan qudwah hasanah dalam kehidupan seharian bagi mewujudkan ekosistem pekerjaan yang sejahtera.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14214
Appears in Collections:Seminar Pragmatis 2.0 : Perkongsian Amalan Terbaik Dalam Pengurusan Universiti

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
1_Kertas Kerja Penuh_Salah Guna Aset_Hafizah.pdf400.5 kBAdobe PDFView/Open
Kertas 1_Slaid SALAH GUNA ASET_Hafizah (2).pdf2 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.