Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14217
Title: Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) : perkongsian amalan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia
Authors: Noor Mohamad bin Shakil Hameed
Keywords: Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Corporate image--Malaysia
Issue Date: 14-Mar-2017
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah memperkenalkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) mulai Januari 2014. EKSA merupakan inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam yang diamalkan selama ini dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Secara umumnya komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Ringkasnya, Amalan 5S ditambah baik melalui EKSA dengan menambah lima elemen baharu, iaitu Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau, Persekitaran Kondusif dan ianya membabitkan Kepelbagaian Agensi di sektor awam. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul sebagai entiti pertama dalam kalangan 20 universiti awam yang meraih pengiktirafan pensijilan EKSA. Semoga kejayaan BHEP UPM ini menjadi penanda aras baharu budaya kualiti dalam kalangan warga universiti awam di negara ini seterusnya dapat membuat penjenamaan semula terhadap identiti dan imej korporat universiti masing-masing.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14217
Appears in Collections:Seminar Pragmatis 2.0 : Perkongsian Amalan Terbaik Dalam Pengurusan Universiti

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
4_Kertas Kerja Penuh_AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) _NOOR MOHAMAD UPM.pdf808.27 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.