Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14218
Title: Panduan imej korporat Universiti Malaysia Terengganu : pembudayaan amalan korporat dalam kalangan warga UMT
Authors: Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab
Keywords: Corporate image--Malaysia
Issue Date: 14-Mar-2017
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Pusat Komunikasi Korporat (PKK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah diamanahkan oleh Pengurusan Tertinggi Universiti untuk menyediakan satu panduan khas dalam memperkasakan imej korporat universiti. Pada akhir tahun 2014 dan awal 2015, PKK telah mengadakan pelbagai siri bengkel. Akhir tahun 2015, PKK telah berjaya menyediakan panduan khas tersebut yang diberi nama sebagai Panduan Imej Korporat Universiti Malaysia Terengganu - Versi 1/2016. Ia telah berjaya dikuatkuasakan secara rasmi bermula 1 Januari 2016. Usaha penambahbaikan ini tidak terhenti di situ sahaja, malah terus aktif dalam merintis elemen-elemen penambahbaikan budaya korporat di kalangan warga UMT. Pada akhir tahun 2016, Panduan Imej Korporat Universiti Malaysia Terengganu - Versi 2/2017 telah berjaya disiapkan dan telah dikuatkuasakan penggunaannya bermula 1 Januari 2017 yang lalu. Ia adalah kesinambungan dan penambahbaikan ke atas ciri-ciri beberapa item sebelum ini beserta dengan tambahan kandungan baru. Penambahbaikan ini adalah relevan dan bertepatan dengan penggunaan logo rasmi baharu UMT mulai 1 Januari 2017.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14218
Appears in Collections:Seminar Pragmatis 2.0 : Perkongsian Amalan Terbaik Dalam Pengurusan Universiti



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.