Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14392
Title: Elemen Anti Hadis Dalam Ucapan Kepada Konferensi Politik Nasional Oleh Kassim Ahmad: Satu Penilaian
Authors: Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali
Mohd Rumaizuddin Ghazali
Mohd Azhar Ibrahim Resedi
Fikri Muharam
Keywords: Kassim Ahmad, Anti-hadīth, scholarly criticism, content analysis and national political conference.
Issue Date: 2015
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Abstrak Hadis adalah segala yang disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. sama ada daripada segi perkataan, perbuatan mahupun perakuan Baginda S.A.W. Dari sudut sistem hierarki ilmu Islam, al-Ḥadīth berada di tempat kedua selepas al-Quran, serta merupakan salah satu sumber perundangan Islam yang disepakati oleh para ulama Islam dalam menyelesaikan permasalahan kehidupan umat. Pada tahun 2014, fenomena anti hadis kembali mengambil kesempatan dalam arena perdebatan ilmiah di Malaysia setelah Kassim Ahmad membentangkan pendapat-pendapat politik beliau di dalam Seminar Pemikiran Dr. Kassim Ahmad: Satu Penilaian. Penulisan ini adalah bertujuan untuk mengekstrak beberapa kekeliruan yang terkandung dalam ucaptama Kassim Ahmad yang bertajuk “Ucapan Kepada Konferensi Politik Nasional untuk Menentukan Hala Tuju Negara Malaya untuk Tiga Puluh Tahun Akan Datang.” Penilaian seterusnya dibuat menerusi kaedah analisa kandungan berserta silang rujuk kepada dua buku hasil tulisan Kassim Ahmad yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini. Hasil pemerhatian setakat ini mendapati bahawa ucapan Kassim Ahmad itu mengandungi dua elemen anti hadis, iaitu dakwaan bahawa (1) Imam al-Shāfi’ī adalah sarjana Muslim terawal yang mewajibkan hadis sebagai sumber perundangan Islam dan (2) hadis tidak mentafsirkan al-Quran, tetapi al-Quran mentafsirkan al-Quran melalui kaedah saintifik. Artikel ini cuba mengukuhkan lagi kewajaran pertuduhan kesalahan syariah yang telah dibuat ke atas Kassim Ahmad yang telah menghina agama Islam dan melanggar Fatwa Wilayah Persekutuan melalui penglibatannya dalam penyebaran dakyah anti hadis. Abstract Ḥadīth is Islamic tradition, which is ascribed to the Prophet Muhammad (PBUH) from the aspects of his verbatim, deeds, approvals and disapprovals. In the hierarchy of Islamic epistemology, al-Ḥadīth is second after the Quran, which is agreed upon by the majority of reputable Muslim scholars to be taken as reference in solving issues of the ummah. In 2014, the anti-ḥadīth phenomenon made its comeback to the Malaysian arena of intellectual debate, espceially in post-Seminar Pemikiran Dr. Kassim Ahmad: Satu Penilaian. This article purports to deduce some confusions about Islamic teachings as found in Kassim Ahmad’s keynote paper entitled: Ucapan Kepada Konferensi Politik Nasional Untuk Menentukan Hala tuju Negara Malaya Untuk Tiga Puluh Tahun Akan Datang. Analysis on this paper is undertaken by applying these methods: content analysis and cross reference to the two banned books of Kassim Ahmad by the Malaysian Ministry of Home Affairs (KDN). This analysis has found that Kassim Ahmad’s paper contains two elements of anti-Hadīth claim, namely: (1) Imam al-Shāfi’ī as the earliest scholar who compels that ḥadīth is taken as a source for Islamic jurisprudence and (2) ḥadīth does not interpret the Quran, but only Quran interprets the Quran from a so-called scientific approach. This article will strengthen the charges made by the Religious office against Kassim Ahmad’s offences of insulting Islamic religion and disobeying Federal Territories Fatwa in relation to anti-ḥadīth Group.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14392
ISSN: 2232-0431/e Issn: 2504-8422
Appears in Collections:Al-'Abqari Vol.6, 2015

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
1WanFazrul_7-34.pdf556.05 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.