Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14436
Title: Kepatuhan Zakat Oleh Syarikat Tersenarai Awam Di Malaysia
Authors: Adibah Abdul Wahab
Joni Tamkin Borhan
Keywords: Kepatuhan zakat, zakat perniagaan, syarikat tersenarai awam, zakat perniagaan, entiti perniagaan.
Issue Date: 2015
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Series/Report no.: JMIFR - Vol.12, No.2, 2015;
Abstract: ABSTRAK Tujuan utama kajian adalah bagi mengukur kepatuhan zakat dalam kalangan syarikat tersenarai awam (PLC) di Malaysia. Kajian ini membuat penilaian terhadap status kewajipan berzakat terhadap PLC patuh syariah yang telah diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia merangkumi papan utama dan kedua (ACE market). Maklumat diperolehi daripada laporan tahunan PLC yang disediakan di laman web masing-masing dan sebanyak 811 laporan tahunan telah dimuat turun daripada keseluruhan 817 syarikat saham patuh syariah. Pertama, kajian ini menegnal pasti pemilikan Muslim majoriti di dalam PLC. Berdasarkan kepada laporan pemilikan saham tertinggi, sebanyak 118 dikira sebagai dimilik oleh Muslim. Kedua, kajian ini mengenal pasti pembayaran zakat yang dibuat oleh PLC bagi tempoh 6 tahun (2009-2014). Kajian ini mendapati sebanyak 17 PLC mempunyai pelaporan zakat di dalam Laporan Kewangan masing-masing. Jumlah plc yang pembuat pembayaran zakat adalah meningkat daripada 9 syarikat pada tahun 2009 kepada 16 syarikat pada tahun 2014. Kajian ini mendapati kadar kepatuhan pembayaran zakat dalam kalangan PLC adalah pada kadar 14%. Oleh itu, strategi yang komprehensif perlu dilakukan sama ada oleh pihak institusi zakat dan pihak berkenaan yang lain supaya hasrat untuk memaksimumkan potensi kutipan zakat terutama dalam kalangan entity perniagaan dapat direalisasikan.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14436
ISSN: 1823-075X
Appears in Collections:JMIFR - Vol.12, No.2, 2015

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
KEPATUHAN ZAKAT OLEH SYARIKAT TERSENARAI AWAM DI MALAYSIA.pdf1.72 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.