Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14842
Title: Falsafah Pemikiran Hatta Azad Khan dalam Kumpulan Drama Dunia  Belum  Kiamat
Authors: Roslina Abu Bakar, Arba’ie bin Sujud
Nurul Ainabila Shuhaimi
Keywords: Keywords: philosophy, perspective, politic, social, economic
Issue Date: Dec-2016
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Abstrak Makalah ini adalah untuk melihat falsafah pemikiran Hatta Azad Khan dalam Kumpulan Drama Dunia Belum Kiamat (2013). Fokus kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan membincangkan falsafah dan pemikiran yang ingin diketengahkan oleh pengarang dalam kumpulan drama tersebut. Kumpulan Drama Dunia Belum Kiamat (2013) beraliran realisme dan mengandungi lima buah drama iaitu drama Awang, Anak Korporat, Dunia Belum Kiamat, Cermin Tipu Daya dan Puteri Gunung Ledang. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Kajian ini menggunapakai teori Sosiologi oleh J. Duvidnaud (1972) untuk mencapai dua objektif kajian. Pertama, untuk mengenal pasti falsafah dan pemikiran dalam Kumpulan Drama Dunia Belum Kiamat (2013) karya Hatta Azad Khan. Kedua, membincangkan falsafah dan pemikiran dalam Kumpulan Drama Dunia Belum Kiamat (2013) dari aspek sosial, politik dan ekonomi. Kajian ini menghasilkan dapatan kajian iaitu Kumpulan Drama Dunia Belum Kiamat (2013) karya Hatta Azad Khan merupakan sebuah kumpulan drama yang sarat dengan falsafah dan pemikiran. Falsafah dan pemikiran tersebut terdiri daripada pemikiran sosial, ekonomi dan politik. Abstract This research is intended to view the philosophical thoughts of Hatta Azad Khan in Kumpulan Drama Dunia Belum Kiamat (2013). This research is focusing on identifying and discussing the philosophy and the thoughts which had been highlighted by the author of the above mentioned drama’s group. The drama’s group is based on realism and it is comprised of five dramas which are Awang, Anak Korporat, Dunia Belum Kiamat, Cermin Tipu Daya dan Puteri Gunung Ledang.. The method used in this research was literature analysis and content analysis method. This study applied the Sociological Theory by J. Duvidnaud (1972) to achieve two objectives which were to identify and to discuss the philosophy and the perspectives in Kumpulan Drama Dunia Belum Kiamat (2013) by Hatta Azad Khan specifically in terms of social, economic and political aspect. Hence, the research findings showed that this group of drama was loaded philosophy perspectives that consist of social, economic and political thinking.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14842
Appears in Collections:'Ulum Islamiyyah, Vol.18, Dec, 2016

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
4- ulum islamiyyah 18.pdf630.36 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.