Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14843
Title: Tahap Motivasi Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua
Authors: Chee Hwa Ooi, Vijaya Letchumi Subramaniam
Keywords: Keywords: Malay language, learning motivation, second language, Chinese student Kata kunci: bahasa Melayu, motivasi pembelajaran, bahasa kedua, murid Cina
Issue Date: Dec-2016
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Abstrak Pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua amat penting dalam kalangan murid Cina. Daripada tinjauan awal yang dibuat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Batu 14 Hulu Langat, Selangor, peratus kelulusan kertas pemahaman bahasa Melayu mencatatkan penurunan dalam UPSR. Keputusan menunjukkan bahawa murid Cina menghadapi masalah dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Maka, kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap motivasi murid Cina dalam mempelajari bahasa Melayu di SJKC. Sampel kajian terdiri daripada 77 orang murid Cina Tahun 4, 5 dan 6 yang gagal dalam ujian kertas bahasa Melayu. Teori yang digunakan oleh pengkaji ialah teori Interaksi oleh Halliday. Menurut Halliday, kanak-kanak menguasai bahasa kerana mereka mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan ahli masyarakat dalam persekitaran mereka. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Data-data yang dikumpul dikira dalam bentuk peratusan. Dapatan kajian dipaparkan melalui jadual dan graf berserta huraian deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan tahap motivasi murid dari segi latihan, persekitaran, minat dan sikap. Kajian ini penting kepada sistem pendidikan dalam usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Setiap lapisan masyarakat di Malaysia harus bergerak seiring ke arah meningkatkan taraf bahasa Melayu di Malaysia. Justeru, bahasa Melayu harus dikuasai oleh murid Cina di SJKC. Abstract Learning the Malay language as the second language is important among Chinese students. From initial surveys made ​​in SJKC Batu 14 Hulu Langat, Selangor, the passing percentage of Malay language paper decreased in UPSR. These results showed that the Chinese students face problems in learning the Malay language as a second language. Thus, this study aims to analyse the motivation of learning the Malay language as a second language among Chinese students. The sample of the study included 77 Chinese students in standard 4, 5 and 6 who failed in their Malay language examination. The Interaction Theory by Halliday is used. According to Halliday, children master the language because they have a need to interact with members of the public in their environment. This means that the child will interact with the public at an early stage to meet their basic needs. The instrument used in this study was questionnaire. The data collected is calculated in percentages. The results are displayed through tables and graphs with descriptive description. Results from this study showed the motivation from four aspects, such as exercises, environment, interest and attitude. This research is important to the education system, parallel with the government’s efforts to uphold the Malay language as the national language, official language and the language of knowledge. Every walks of life in Malaysia should channel their efforts together towards uplifting the status of the Malay language in Malaysia. Therefore, the Malay language should be mastered by Chinese students in SJKC.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14843
Appears in Collections:'Ulum Islamiyyah, Vol.18, Dec, 2016

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
6- ulum islamiyyah 18.pdf574.57 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.