Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14849
Title: Analisis Kaedah Bayaran Zakat Harta Oleh Institusi Zakat Di Malaysia
Authors: Mohd Faisol Ibrahim
Keywords: Kata kunci: zakat, kaedah bayaran zakat, bayaran zakat; institusi zakat
Issue Date: Dec-2016
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Abstrak Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kaedah bayaran zakat harta yang ditawarkan oleh institusi-institusi zakat di Malaysia. Kajian ini membuat penilaian terhadap kaedah pembayaran zakat yang dilaksanakan oleh semua institusi zakat negeri. Kajian mendapati bahawa terdapat ketidakseragaman kaedah-kaedah bayaran zakat yang ditawarkan oleh institusi zakat termasuk institusi zakat yang dikorporatkan dan institusi zakat yang tidak dikorporatkan. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan mengkaji punca ketidakselarasan kaedah-kaedah bayaran zakat oleh semua institusi negeri dan menganalisis hubungan yang wujud antara kaedah-kaedah bayaran zakat oleh semua institusi negeri dan menganalisis hubungan yang wujud antara kaedah-kaedah bayaran zakat yang ditawarkan oleh institusi-institusi zakat negeri dengan jumlah kutipan zakat yang diperolehi oleh sesebuah institusi zakat negeri. Kajian yang dilakukan ini menggunakan metode kualitatif yang berasaskan kajian perpustakaan sahaja. Oleh itu, keseragaman kaedah- kaedah yang disediakan untuk pembayar zakat oleh institusi zakat negeri perlu dilaksanakan supaya mampu memberi kesan positif kepada peningkatan jumlah kutipan zakat di masa hadapan.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14849
Appears in Collections:JMIFR - Vol.13, No.2, 2016

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
7-Analisis Kaedah Bayaran Zakat oleh Institusi Zakat di Malaysia.pdf768.66 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.