Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14850
Title: Kegunaan Maklumat Pelaporan Prestasi Bagi Institusi Zakat Menurut Persepsi Pemegang Kepentingan
Authors: Noor Fadzilah Shafie, Ruhanita Maelah
Norida Basnan
Keywords: Kata kunci: institusi zakat, pelaporan prestasi, pemegang kepentingan, akauntabiliti
Issue Date: Dec-2016
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Abstrak Reformasi dalam sector awam melalui pengurusan awam baru (new public management) telah memberi penekanan kepada pengurusan berdasarkan keberhasilan yang mana prestasi dan pelaporan prestasi merupakan elemen utamanya. Sebagai salah satu sebuah organisasi sektor awam bukan berasaskan keuntungan, pelaporan pestasi institusi zakat dilihat sangat penting dalam melaksanakan akauntabiliti dan menjalankan peranannya sebagai pengurus dana zakat kepada pemegang kepentingan. Kajian ini memberi fokus kepada kegunaan pelaporan prestasi kepada pemegang kepentingan industri zakat. Kajian tinjauan digunakan di mana persepsi responden diperoleh melalui soal selidik. Responden terdiri daripada penerima, pembayar dan pentadbir zakat. Hasil kajian mendapati pentadbir zakat lebih menggunakan pelaporan prestasi untuk menjelaskan akauntabiliti organisasi dan pembuatan keputusan, berbanding pembayar dan penerima zakat yang menggunakannya sebagai medium unutk menjelaskan akauntabiliti. Sumbangan kajian secara teoretikal adalah melalui pengembangan ilmu daripada segi kegunaan pelaporan prestasi mengikut keperluan pemegang kepentingan dalam konteks organisasi awam bukan berasaskan keuntungan iaitu industri zakat. Secara praktikal, kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pihak pengurusan institusi zakat, agensi awam lain dan penggubal dasar bagi meningkatkan keteluasan dan memperkasakan akauntabiliti melalui pelaporan prestasi. Limitasi kajian adalah termasuk sampel kajian yang terhad serta tumpuan kepada kegunaan item maklumat tanpa mengambil kira kualiti maklumat tersebut.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14850
Appears in Collections:JMIFR - Vol.13, No.2, 2016



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.