Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14898
Title: Bab 11 Integrasi Terapi Psikospiritual Islam Dalam Modul Rawatan Dan Rehabilitasi Berasaskan Tc Therapeutic Community
Authors: Prof. Madya. Dr. Mohd Rushdan bin Mohd Jailani, Ahmad Bukhari bin Osman
Issue Date: 2015
Publisher: ACREDA, Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Abstrak. Rawatan dan Pemulihan dadah berasaskan agama Islam telah pun diamalkan oleh beberapa pusat rawatan dan pemulihan dadah di Malaysia. Rawatan ini pada umumnya lebih banyak menekankan kepada aspek memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan asas-asas ibadah dalam agama Islam serta penerapan nilai-nilai mulia yang berasaskan kepada pengajaran Agama. Kebanyakan klien dilihat dapat menghayati dan mematuhi semua proses penerapan ilmu dan penghayatan agama semasa mereka berada dalam tempoh rawatan. Walau bagaimanapun klien yang mula memiliki kekuatan untuk kembali ke pangkal jalan ini dilihat sangat mudah mengabaikan kebanyakan perkara yang telah diajar kepadanya selepas sahaja mereka keluar daripada pusat-pusat pemulihan. Kejadian perulangan penyalahgunaan dadah (relapse) dapat dikesan dengan mudah selepas sahaja mereka keluar daripada pusat pemulihan. Melihat kepada keadaan ini, maka timbul satu persoalan besar berkenaan sejauh mana penerapan rawatan dan pemulihan dadah secara umumnya dan rawatan dan pemulihan dadah berasaskan agama secara khususnya benar-benar memberi kesan positif kepada klien. Untuk tujuan kertas ini, penumpuan akan diberikan kepada pembentukan kerangka integrasi terapi psikospiritual Islam dalam modul rawatan berasaskan Therapeuctic Community (TC). Atas maksud ini, kertas konsep ini akan memfokuskan kepada perbincangan konsep dan prinsip amalan terapi Terapi Psikospiritual Islam. Kertas ini juga akan membincangkan hubungan antara aspek-aspek kerohanian dan jasmani, kognitif dan emosi, teori dan amali dalam pemulihan dan rehabilitasi penagihan dadah. Selain itu kertas ini juga akan membincangkan pengisian-pengisian kepada modul pemulihan yang perlu dilaksanakan oleh pengamal-pengamal terapi ini kepada para klien. Akhirnya kertas ini akan merumuskan bagaimana modul TC akan dapat diintegrasikan dengan pendekatan Terapi Psikospiritual Islam
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14898
Appears in Collections:Proceeding Prevent 2015 (International Drug Prevention And Rehabilitation Conference)



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.