Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14902
Title: Bab 15 Kebolehpercayaan Dan Kesahan The Warwick-Edinburgh Mental Well-Being Scale (Wemwbs) Versi Bahasa Melayu
Authors: Adam Fariz bin Mohd. Zain, Amin Al Haadi bin Shafie
Abd. Halim bin Mohd. Husin, Mohd.Rushdan bin Mohd. Jailani
Mohamad Isa bin Amat, Khairunneezam bin Mohd. Noor
Zainol Abidin bin Ahmad, Mohd. Rafidi bin Jusoh
Keywords: Kata Kunci : WEMWBS, kebolehpercayaan, kesahan, kesejahteraan mental, spiritual
Issue Date: 2015
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Abstrak Kesejahteraan mental adalah merupakan salah satu aspek penting dalam diri manusia yang seharusnya diberikan perhatian utama dalam proses rawatan dan pemulihan penagih dadah. Terdapat pelbagai instrumen psikologi yang boleh digunakan untuk menentukan tahap kesejahteraan mental seseorang individu dan populasi. Salah satu instrumen yang sesuai digunakan adalah the Warwick-Edinburgh Mental Well-Being Scale (WEMWBS). Ia merupakan sebuah instrumen psikologi yang dibangunkan khusus untuk menilai tahap kesejahteraan mental dalam kalangan individu dan populasi normal. Instrumen ini diperolehi daripada Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Artikel ini memperincikan proses terjemahan dan kesahan instrumen WEMWBS yang mengandungi 20 item positif berskala Likert 5-mata yang terdiri daripada 14 item mengukur tahap kesihatan mental dan enam item mengukur kesihatan spiritual. Proses terjemahan dan kesahan instrumen ini dijalankan oleh empat orang pakar dalam bidang psikologi dan kaunseling yang mempunyai kemahiran dwi-bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) menggunakan teknik terjemahan semula (back-to-back translation technique) dan kesahan muka (face validity). Kajian rintis telah dijalankan melibatkan 51 orang peserta in-patient program rawatan, perubatan dan pemulihan di Klinik Cure and Care 1Malaysia (C&C1M) Sungai Besi, Kuala Lumpur, bertujuan untuk melihat tahap kebolehpercayaan WEMWBS yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Data yang dikumpulkan daripada sampel kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi 20 (SPSS v20). Hasil analisis kebolehpercayaan mendapati nilai Alpha Cronbach adalah 0.91 iaitu sangat tinggi. Keputusan ini menunjukkan bahawa instrumen WEMWBS versi Bahasa Melayu sesuai digunakan untuk mengukur tahap kesejahteraan mental dalam kalangan individu normal yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Malaysia. Ia juga senang ditadbir dan tidak mengambil masa yang lama untuk dijawab oleh responden. Kajian ini juga menunjukkan tahap kesejahteraan mental dan spiritual yang rendah dalam kalangan bekas peserta program rawatan C&C1M.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14902
ISBN: 978 967 440 246 4
Appears in Collections:Proceeding Prevent 2015 (International Drug Prevention And Rehabilitation Conference)



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.