Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14910
Title: Bab 23 Gelandangan Meneroka Psikologi Mereka Serta Kemampuan Mengelak Diri Daripada Terlibat Dengan Gejala Penyalahgunaan Dadah
Authors: Dr Othman Ab Rahman, Za’im Addi Meskam
Nurulhidayah Idrus
Issue Date: 2015
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Abstrak Gelandangan adalah golongan manusia yang terbentuk tanpa dirancang. Mereka terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa yang hidup tanpa rumah terutama di kawasan bandar dan Lembah Kelang. Kesempitan hidup menyebabkan mereka tidak mampu untuk makan dan minum seperti orang lain. Kemelaratan hidup menyebabkan mereka terpaksa tidur di kaki-kaki lima bangunan, bawah jejambat juga di kawasan masjid. Tekanan hidup menyebabkan ramai gelandangan yang terlibat dengan kes-kes jenayah termasuklah penyalahgunaan dadah. Usaha untuk membantu gelandangan telah mula dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Lembaga Zakat Selangor (LZS). Tidak ketinggalan juga pihak NGO yang perihatin telah membantu gelandangan. Usaha untuk membantu gelandangan telah mula dijalankan demi untuk mengelakkan mereka dari terjebak dengan masalah gejala sosial, jenayah dan penyalahgunaan dadah. Pembinaan Anjung Singgah di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur telah berjaya memenuhi keperluan semerta gelandangan seperti makanan, tempat tinggal serta keperluan mengurus diri. Tempuh dua minggu diberikan untuk mereka mencari pekerjaan dan berdikari. Satu tinjauan telah dijalankan terhadap penghuni Anjung Singgah untuk mengesan keperluan psikologi mereka serta sejauhmana mereka mampu mengelak diri daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14910
ISBN: 978 967 440 246 4
Appears in Collections:Proceeding Prevent 2015 (International Drug Prevention And Rehabilitation Conference)



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.