Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/15030
Title: Keperluan Pengurusan Konflik Dalam Pendekatan Kaunseling Kelompok
Authors: Othman bin Ab Rahman, Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim
Saedah Abd Ghani
Keywords: Kata kunci: pengurusan konflik, kaunseling kelompok, kaunselor. Keywords: conflict management, group counseling, counselor.
Issue Date: 2017
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Abstrak Kajian ini bertujuan mengukur keperluan pengurusan konflik dalam pendekatan kaunseling kelompok. Sekumpulan bakal kaunselor telah diberi latihan untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran dari aspek tahap tolak ansur, mengelak, penyesuaian, persaingan serta tahap kerjasama melalui kaunseling kelompok. Rekabentuk kajian ini adalah kajian eksperimental dan data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 16. Kajian ini melibatkan 28 orang subjek kajian yang mempunyai ciri-ciri homogenus dari aspek tahap kemahiran dan jantina di mana subjek kajian telah dipilih secara rawak bebas. Subjek kajian dibahagikan kepada dua kelompok iaitu kelompok A yang diberi latihan pengurusan konflik manakala kelompok B adalah kelompok kawalan. Inventori yang digunakan dalam kajian ini ialah Inventori Pengurusan Konflik Thomass-Kilman (1974). Di awal kajian, kedua-dua kelompok A dan B telah menjalani ujian pra di mana Inventori Pengurusan Konflik Thomass-Kilman (1974) digunakan untuk mengukur tahap-tahap kemahiran pengurusan konflik mereka. Seterusnya subjek kajian kelompok A menjalani latihan pengurusan konflik manakala kelompok B tidak menjalani sebarang latihan kerana mereka adalah kelompok kawalan. Selesai sesi latihan, kedua-dua kelompok A dan B menjalani ujian pasca di mana sekali lagi tahap kemahiran pengurusan konflik mereka diukur. Selain daripada data kuantitatif yang diperolehi daripada Ujian Pengurusan Konflik Thomass-Kilman (1974), data kualitatif juga diperolehi daripada sesi temubual terhadap subjek kajian yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca bagi kelompok A, iaitu r=0.022, p < 0.05 manakala kelompok B tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan ini telah disokong oleh data kualitatif di mana subjek kajian mengakui sikap bekerjasama dan tolak ansur telah mereka perolehi melalui Latihan Pengurusan Konflik yang telah dijalankan. Abstract The objective of this research is to assess the needs of conflict management in group counseling. A group of trainee counselor has been trained to increase their skills in terms of compromising, avoiding, accommodating, competing and collaborating in group counseling. Experimental research design has been employed in this research. The data was analyzed using SPPS version 16. Subject consists of 28 homogeneous trainee counselor in terms of skills and gender. They have been randomly selected. The subject has been divided into two groups named as Group A and Group B. Group A was given with conflict management training while Group B (control group) did not receive any training. Thomas-Kilman Conflict Mode Instrument (1974) has been used during the pre-test and post-test to assess the subject’s conflict management skills. Pre-test was given at the initial stage before the subject attends the conflict management training. Whereas post-test has been given after the training completed. In addition to this, subject had also been randomly selected for an interview session. Data gathered from the interview is classified as qualitative data. The quantitative data analyzed shows that there’s significant difference in Group A’s pre-test and post-test result with r=0.022, p< 0.05. On the contrary, Group B subject does not show any significant difference between the pre-test and post-test. The findings from interview session supported Group A’s skill improvement. Group A subject admitted that the training had increased their cooperation and compromising skills.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/15030
ISSN: 2232-0431/e Issn: 2504-8422
Appears in Collections:Al-'Abqari Vol.10, 2017

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
3 Pengurusan Konflik. Othman.pdf364.54 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.