Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/15153
Title: Keterbatasan Fahaman Fungsi Huruf Ya’ Dalam Nahu Arab
Authors: Zauwiah Abidin, Azhar Muhammad
Keywords: huruf Yā’, nahu Arab
Issue Date: 2017
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Huruf Yā’ merupakan salah satu huruf hijaiyyah yang mempunyai pelbagai fungsi dalam nahu Arab. Namun, pemahaman majoriti pelajar lebih tertumpu pada satu fungsi iaitu sebagai ------ (kata ganti nama) -- yang bermaksud ‘saya’. Justeru, Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran pelajar dalam membezakan fungsi Yā’, mengenal pasti ketepatan penggunaan Yā’ dalam struktur ayat, serta menganalisis kemampuan pelajar menghubungjalin fungsi huruf Yā’ dengan i’rab. Hasil dari kajian ini boleh membantu para pengajar merangka, mempelbagaikan dan menambahbaik pengajaran bahasa Arab khususnya bagi subjek nahu. Dengan menggunakan metode kualitatif berdasarkan ujian bertulis dan temu bual terhadap lapan orang responden bermula dari darjah enam hingga tingkatan tiga di Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, kajian ini dijalankan dengan berpandukan kerangka teori revisi Taksonomi Bloom. Hasilnya, dapatan kajian menunjukkan pemahaman ccccc (kata ganti nama) kepada yang bermaksud ‘saya’ lebih dominan dari yang lain. Keterbatasan ini berlaku kerana pelajar menggunakan aspek kognitif mereka pada tahap mengingat dan memahami. Kesimpulannya, keterbatasan pelajar dalam fahaman fungsi huruf Ya’ berpunca pada kelemahan mereka yang tidak mengaplikasi dan menganalisis sesuatu maklumat yang diterima terlebih dahulu. Akibatnya mereka tidak mampu menilai perbezaan fungsi kepelbagaian huruf Yā’ dalam nahu Arab.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/15153
ISSN: 1675 - 5936
Appears in Collections:'Ulum Islamiyyah, Vol.19, 2017 (Special edition)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ulum 19 vol 5.pdf491.96 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.