Kepentingan Audit Komunikasi

Show full item record

Title: Kepentingan Audit Komunikasi
Author: Rosidayu Hj. Sabran
Abstract: Aliran komunikasi yang baik memudahkan seseorang individu dan kelompok melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam sesebuah organisasi. Walaupun adakalanya kepentingan aspek komunikasi organisasi ini dipandang remeh, tetapi sebenarnya ia perlu diurus dengan sempurna. Apabila masalah sudah semakin marak, pengabaian aspek ini mampu mencipta pelbagai masalah seperti ketidakpuasanhati pekerja, pelanggan dan masyarakat luar, yang akhirnya menjurus kepada penutupan sesebuah syarikat. Scenario bidang komunikasi korporat amat mementingkan aspek komunikasi dalaman dan luaran seperti kepuasan pelanggan serta hubungan syarikat dengan pihak luar. Justeru, audit komunikasi dijalankan bertujuan mencari jalan penyelesaian atau kaedah yang terbaik untuk mencapai objektif sesebuah syarikat mahupun mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Pelaksanaan audit komunikasi bergantung kepada tahap keseriusan beban masalah. Penstrukturan semula, penggabungan, perubahan pengurusan, kemerosotan perniagaan adalah antara keadaan yang mendorong keperluan menjalankan audit komunikasi. Sesungguhnya, hubungan dua-hala yang baik antara pekerja dan majikan dapat meningkat motivasi kedua-dua pihak dalam melaksanakan agenda masing-masing.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1519
Date: 2009-03-19

Files in this item

Files Size Format View
KEPENTINGAN AUDIT KOMUNIKASI.pdf 127.9Kb PDF View/Open

This item appears in the following Collection(s)

Show full item record