Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/15905
Title: Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH): Ke Arah Melahirkan Generasi Seimbang Untuk Pembangunan Negara
Authors: Khatijah Othman
Zulkiple Abd Ghani
Maziahtusima Ishak
Siti Rugayah Tibek
Noor Azizi Ismail
Keywords: Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat,
Lifelong Islamic Learning
Issue Date: 24-Nov-2017
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Pembangunan sesebuah negara bergantung kepada banyak faktor, di antaranya adalah pembangunan manusia, industri, dan ekonomi secara lestari. Pembangunan lestari yang dimaksudkan adalah memberi perhatian kepada pemuliharaan dan pemeliharaan kesejahteraan manusia dan ekosistem ekonomi secara seiring dan seimbang. Manakala kelestarian ilmu adalah menjadi teraju utama dalam pembangunan diri manusia. Penyediaan ilmu yang berterusan kepada generasi muda hari ini adalah sangat penting dalam mendidik dan membentuk keperibadian serta keseimbangan generasi muda hari ini. Artikel ini adalah bertujuan untuk membincangkan secara konseptual tentang bagaimana kelestarian ilmu itu berfokus kepada PISH dalam membentuk keseimbangan pada generasi akan datang. Keseimbangan diri manusia adalah keseimbangan hasil jalinan ilmu duniawi dan ukhrawi yang menyumbang kepada pembinaan generasi yang mampan dari segi intelektual, perlakuan, pemikiran, yang mempunyai matlamat yang jelas dalam membangunkan negara. Kajian literatur dijalankan dari data sekunder yang diperolehi dari sumber perpustakaan dan juga laman web berkenaan dengan pembangunan lestari dan hubungkaitnya dengan PISH. Analisis kualitatif adalah berdasarkan dari analisis kandungan literatur berkenaan dengan PISH dan juga kelestarian dalam pembangunan insan dan negara. Penemuan kertas kerja ini diharapkan dapat membawa kepada satu pemahaman bahawa PISH sebenarnya adalah menjadi faktor utama yang membawa nilai keseimbangan dalam diri individu terutamanya dalam mendidik masyarakat secara berterusan dalam gagasan membangunkan negara secara lestari dan mempunyai ekonomi yang berdaya saing di peringkat global. Abstract The development of a country depends on many key factors, such as sustainable human, industrial, and economic development. The sustainable development in this regard is to pay attention to conservation and maintenance of human well-being and ecosystem economically and balanced. In developing human well-being, the preservation of knowledge is a key element in human self-development. In this case, the provision of ongoing knowledge to the younger generation is very important in educating and forming the personality and balance of the younger generation today. This article is intended to discuss conceptually on how the sustainability of the knowledge is focused on Lifelong Islamic Learning (PISH) in shaping the balance of future generations. Human self-balance is the balance of earthly and Ukhrawi knowledge that contributes to the development of a sustainable generation in terms of intellectual, behavioral, thinking, which has a clear goal in developing the nation. Literature review is carried out from secondary data obtained from library sources as well as sites related to sustainable development and its relationship with PISH. Qualitative analysis is based on analysis of literature content regarding PISH as well as sustainability in human development and nation. The findings of this paper are expected to lead to an understanding that PISH is actually a key factor in bringing value to the individual, especially in educating the community on an ongoing basis in the idea of developing a nation sustainably and having a globally competitive economy.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/15905
Appears in Collections:Al-'Abqari Vol.12, (Special Edition) Dis 2017

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
AB_V12_8. 107-119. Pembelajaran Sepanjang Hayat. Khatijah.pdf407.16 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.