Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/16304
Title: Penggunaan Hadith Nabi Dalam Penulisan: Analisis Terhadap Karya Karya Golongan Liberal Dan Pengaruhnya Dalam Media Sosial
Authors: Phayilah Yama
Norsaleha Mohd. Salleh
Abu Zaki Ismail
Hamidun Mohamad Husin
Noor Hafizah Mohd. Haridi
Mohd. Shairawi Mohd. Noor
Keywords: Hadith; Penulisan; Golongan Liberal; Media Sosial
Issue Date: Jun-2018
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Series/Report no.: Vol 3 No 1 (June 2018);
Abstract: Abstract Kertas kerja ini merupakan satu kajian ke atas hadis-hadis Rasulullah SAW yang digunapakai oleh golongan liberal dalam penulisan karya mereka. Ia menjadi salah satu wasilah penyebaran pemikiran liberal yang satu aliran berfikir baru dalam kalangan umat Islam. Golongan liberal mempunyai fahaman dan pandangan mereka yang tersendiri terhadap al-Quran dan hadis dalam setiap penghujahan. Penulisan terhadap penghujahan Islam Liberal terhadap al-Quran telah banyak diperkatakan dan dibincangkan berbanding penulisan Islam liberal terhadap hadis. Justeru, kertas kerja ini bertujuan menganalisis penulisan yang ditulis oleh golongan Islam liberal terhadap hadis-hadis Nabi SAW serta pengaruh penulisan tersebut dalam media sosial. Medium ini menjadi platform golongan liberal sebagai modus operandi meningkatkan lagi kuantiti pengikut serta meluaskan lagi ideologi pemikiran mereka. Keadaan ini berikutan peningkatan rakyat Malaysia yang menjangkau lebih daripada 18 juta pengguna tegar media sosial terutamanya akaun facebook dan blog. Ia dilihat lebih mudah dalam menyampaikan maklumat serta berkongsi apa sahaja fahaman tanpa ada sekatan. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan analisis dokumen setelah data dikumpulkan daripada kajian kepustakaan. Kajian kualitatif ini mengadaptasikan kaedah sejarah dan kajian teks dalam usaha untuk menilai keabsahan pendekatan dan hujah yang dikemukakan oleh para pendukung liberalisme terhadap kedudukan hadis Nabi SAW yang bukan sahaja diperkecil bahkan turut dinafikan peranan dalam penulisan-penulisan sahaja sebagai sumber kedua terpenting dalam agama Islam selepas al-Quran al-Karim. Kata kunci: Hadith; Penulisan; Golongan Liberal; Media Sosial
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/16304
ISSN: 2550-1448
Appears in Collections:Vol 3 No 1 (June 2018)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
27-65-2-PB.pdf394.93 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.