Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18100
Title: Analisis Polisi Luput Pelan Takaful Keluarga
Authors: Rubayah Yaakob
Mohd Hafizuddin Syah Baangan Abdullah
Norasykeen Mohd Baharom
Keywords: Luput
takaful keluarga
insurans
logit
regresi
Issue Date: May-2018
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penentu polisi luput pelan takaful keluarga di Malaysia dengan melihat ciri-ciri demografi pemegang polisi dan polisi takaful keluarga itu sendiri. Polisi boleh luput akibat daripada beberapa sebab seperti gagal membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan, menukar kepada polisi lain yang lebih baik, desakan kewangan dan juga serahan secara sukarela. Polisi luput memberi impak yang besar kepada pihak-pihak berkepentingan iaitu pengendali takaful, pelanggan dan penggubal dasar. Impak polisi luput termasuk kerugian kepada firma, pilihan sakal, kecairan dan peningkatan sumbangan. Hasil daripada analisis regresi logistik menunjukkan bahawa amaun perlindungan, cara bayaran dan jantina memberi kesan negatif kepada polisi luput. Manakala umur, status perkahwinan dan orang yang dilindungi tidak memberi kesan kepada polisi luput. Hasil kajian diharapkan dapat membantu pihak yang berkepentingan seperti pengendali takaful dan penggubal dasar untuk merangka strategi yang sesuai bagi mencapai matlamat masing-masing dan membantu dalam perkembangan dalam industri takaful di Malaysia.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18100
Appears in Collections:JMIFR - Vol.15, No.1, 2018

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Analisis Polisi Luput Pelan Takaful Keluarga.pdf248.74 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.