Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18113
Title: Adab Perbezaan Pendapat dalam Islam Menurut Taha Jabir Al-Alwani (1935-2016)
Authors: Mohd Rumaizuddin Ghazali
Keywords: adab perbezaan pendapat
adab berdialog
pemikiran Islam dan pengislaman ilmu
Issue Date: 2017
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Artikel ini membincangkan secara ringkas biografi Taha Jabir al-Alwani dan adab perbezaan pendapat dalam karyanya Adab alIkhtilaf fi al-Islam. Beliau telah menyoroti adab perbezaan pendapat pada zaman nabi, zaman para sahabat dan imam mazhab sehingga zaman kini. Perbezaan pendapat dalam bidang cabangan fikah (furu’) adalah perkara tabi’i disebabkan faktor bahasa, sebab periwayatan hadis dan kaedah usul. Perbezaan dalam perkara cabangan fikah sebagai rahmat dan kelapangan bagi umat ini serta kekayaan dalam proses pengambilan hukum. Beliau turut menggariskan jalan penyelesaian umat Islam dalam menghadapi krisis kehilangan adab ini dengan melatih para belia dengan ilmu syariat dan moden, mengukuhkan institusi pendidikan yang berteraskan pengislaman ilmu dan membentuk pemikiran Islam yang tulen.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18113
Appears in Collections:JFMR - Vol. 9, 2017

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Adab Perbezaan Pendapat dalam Islam Menurut Taha Jabir Al-Alwani (1935-2016).pdf778.18 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.