Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18117
Title: Pelantikan Mufti Wanita di Malaysia: Analisis Pandangan Jabatan Mufti
Authors: Irwan Mohd Subri, Ahmad Wifaq Mokhtar
Azman Ab Rahman
Hishomudin Ahmad
Norzulaili Mohd Ghazali
Nur Fatin Halil
Keywords: Mufti, wanita
analisis
jabatan
mufti
Issue Date: 2017
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Pelantikan mufti daripada kalangan wanita merupakan satu isu yang baru. Sepanjang sejarah institusi fatwa di Malaysia, belum pernah wanita dilantik menjadi mufti sedangkan tiada larangan yang jelas sama ada dalam hukum syarak dan undang-undang Malaysia yang menyatakan bahawa wanita tidak boleh dilantik sebagai mufti. Artikel ini bertujuan untuk menganalisa pandangan beberapa jabatan mufti berkenaan pelantikan mufti di Malaysia daripada kalangan wanita. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif dengan melaksanakan kaedah temubual secara kumpulan fokus terhadap 4 orang utama di jabatan mufti iaitu seorang mufti, dua orang timbalan mufti dan seorang pegawai di jabatan mufti. Pandangan mereka terhadap terhadap isu pelantikan mufti wanita di Malaysia juga diperolehi secara bertulis. Hasil analisis pandangan pakar melalui temubual dan secara bertulis mendapati bahawa wanita boleh menjadi mufti namun bidang tugas seorang mufti perlu didefinisikan dengan lebih lanjut dan disesuaikan dengan kelayakan seorang wanita dari sudut syarak. Pelantikan mufti wanita juga perlu mengambil kira uruf dan adat di Malaysia. Justeru, penulis membuat kesimpulan bahawa satu model bidang kuasa mufti wanita perlu dibina dengan pengubahsuaian bidang kuasa mufti yang sedia ada sekiranya wanita dilantik menjadi mufti pada masa akan datang.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18117
Appears in Collections:JFMR - Vol. 9, 2017

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pelantikan Mufti Wanita di Malaysia Analisis Pandangan Jabatan Mufti.pdf671.38 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.