Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18118
Title: Penyelarasan Fatwa Antara Negeri-Negeri: Analisis Amalan dan Kaedah Penyeragamannya di Malaysia
Authors: Muhammad Fathullah Al Haq Muhamad Asni
Jasni Sulong
Keywords: Fatwa, perbezaan (khilaf)
Mufti
kaedah istinbat
Mazhab Syafi'i
Issue Date: 2017
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Fatwa adalah biasanya dikaitkan dengan keputusan rasmi berkenaan sesuatu hukum syarak yang dikeluarkan oleh sesuatu jawatankuasa agama yang berasaskan wilayah atau negara yang mempunyai bidangkuasa undang-undang. Oleh kerana itu, sesuatu fatwa khususnya yang diwartakan mempunyai kuasa perundangan yang boleh dikuatkuasakan ke atas orang awam di wilayah terbabit. Bagaimanapun perbezaan wilayah dan bidangkuasa agama menyebabkan berlakunya ketidakseragaman fatwa khususnya dalam menanggapi persoalan yang mendapat perselisihan fuqaha’ (khilafiyyah). Keadaan ini amat terserlah di Malaysia di mana terdapat 14 Jabatan Mufti Negeri yang berbeza-beza yang mewakili negeri masing-masing. Sebahagian fatwa yang dikeluarkan oleh negeri-negeri ini didapati tidak selari antara satu sama lain dan keadaan ini menimbulkan konflik terutamanya dalam pentadbiran undang-undang. Walaupun setiap negeri mempunyai Enakmen Hal Ehwal Pentadbiran Agama Islam yang hampir seragam, mempunyai peruntukan rujukan hukum syarak (qawl muktamad) yang sama dan pemantauan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam sesuatu isu fatwa nasional namun sebahagian fatwa tersebut masih lagi mendapat perselisihan keputusan. Keadaan ini mewujudan situasi hukum yang tidak adil, tiada keselarasan dalam melakukan ijtihad, yang menafikan maksud kesaksamaan dalam keputusan hukum syarak dalam negara ini. Justeru berdasarkan hal ini, kajian dijalankan untuk mengenal pasti punca ketidakselarasan fatwa ini, faktor-faktor yang mempengaruhi dan langkah serta cadangan untuk mengatasinya. Metodologi kajian ini bersifat kualitatif di mana data-data dikumpulkan melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan dilakukan secara metod temubual dengan para mufti, pegawai istinbat dan ahli akademik. Hasil kajian mendapati bahawa Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) telah melakukan beberapa inisiatif untuk mengatasi hal ini namun sikap sesetengah ahli jawatankuasa fatwa negeri yang ketat (rigid) kepada Mazhab Syafi'i dan penguasaan ilmu dalam menerima perbezaan pandangan (mura'ah al-khilaf) mengekang kepada capaian matlamat ini. Ini kerana Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK) telah dipersetujui sebagai medium penyatuan fatwa antara negeri-negeri di negara ini dan sepatutnya diutamakan keputusan hukum di peringkat ini supaya fatwa negeri dapat mengikuti dengan sepenuhnya.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18118
Appears in Collections:JFMR - Vol. 9, 2017



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.