Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18119
Title: Penyeragaman Fatwa Berhubung Isu-Isu Wakaf di Malaysia: Satu Sorotan Awal
Authors: Muhammad Fathullah al-Haq Muhammad Asni
Jasni Sulong
Keywords: wakaf
khilaf
fatwa
penyeragaman
undang-undang
Issue Date: 2017
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Wakaf adalah merupakan sebahagian antara bidang dalam perundangan Islam yang berkaitan dengan hal ehwal ekonomi umat Islam. Pensyariatan wakaf adalah berasal daripada hadith Ibnu Umar di mana Rasulullah SAW memerintahkan supaya ditahan asal harta dan disedekahkan hasilnya. Hadith ini menghasilkan dua elemen dalam harta wakaf iaitu harta yang kekal dan manfaat yang boleh dinikmati daripadanya. Berasaskan hadith ini, perkembangan fekah mengenai wakaf telah berkembang dengan pesat yang bukan sahaja melibatkan harta tak alih tetapi kini meluas sehingga melibatkan harta alih. Antara isu yang biasa dibincangkan berkaitan dengan fekah dan fatwa wakaf ialah keharusan istibdal harta wakaf, wakaf dengan harta alih, wakaf dengan wang tunai dan wakaf yang dilakukan untuk sementara waktu (mu’aqqat) seperti yang melibatkan hartanah lease-hold. Bertitik tolak daripada perbahasanperbahasan ini, terdapat pelbagai pandangan di kalangan mufti mengenai isu-isu wakaf sehingga menimbulkan pelbagai pandangan untuk digubal dalam undang-undang mengenai harta wakaf. Ini kerana dalam pentadbiran dan pengurusan, hanya satu pandangan yang dipilih untuk dimasukkan sebagai pandangan yang diterimapakai untuk pelaksanaan bagi memastikan pentadbiran undang-undang dilaksanakan dengan teratur dan konsisten. Berasaskan kepelbagaian pandangan ini, kajian akan dilakukan dalam situasi di Malaysia bagi menyelidik kedudukan perbezaan pandangan fuqaha’ dalam hal ehwal wakaf, penyeragaman pandangan dan fatwa, serta pelaksanaannya di Malaysia. Penyelidikan ini akan dilakukan secara kualitatif dengan merujuk kepada perbahasan kitab-kitab fekah, peruntukan undang-undang dan pekeliling yang berkaitan dengan undangundang pentadbiran harta wakaf. Oleh itu, penyelidik akan menyelidik isu-isu yang menyebabkan berlakunya perbezaan pandangan tersebut dan kaedah untuk mengharmonikan fatwa wakaf ini dengan mengenal pasti pendapat yang paling kuat dari sudut dalil dan maslahah (rajih). Ini bagi memastikan pandangan yang dipilih untuk fatwa dan penggubalan undang-undang menjadi kuat dan kukuh, seragam antara semua negeri dan dapat diterima oleh semua pihak.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18119
Appears in Collections:JFMR - Vol. 9, 2017

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penyeragaman Fatwa Berhubung Isu-Isu Wakaf di Malaysia Satu Sorotan Awal.pdf969.4 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.