Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18121
Title: Prinsip Keadilan dalam Sistem Kehakiman Islam : Tumpuan Khusus terhadap Konsep Syahadah
Authors: Azizah Mohd Rapini
Ruzman Md. Noor
Keywords: keadilan
sistem kehakiman Islam
syahadah
Issue Date: 2017
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Syariah secara umumnya bertujuan untuk memberi keadilan dan rahmat kepada umat manusia. Oleh yang demikian, segala peraturan atau sistem perundangan yang menyimpang dari tujuan umum tersebut adalah bertentangan dengan syariat. Keadilan sebagai salah satu objektif syariah (maqasid syari’ah) pula adalah objektif utama didalam sistem kehakiman Islam. Maka untuk merealisasikan keadilan sebagai puncak sistem kehakiman Islam, seseorang hakim hendaklah menjalankan proses penghakiman melalui peraturan dan kaedah pembuktian berlandaskan hukum syarak. Menurut undang-undang keterangan Islam, syahadah merupakan salah satu metode pembuktian yang kuat dan tiada perselisihan ulama mengenainya dari aspek penerimaannya sebagai salah satu alat pembuktian yang paling utama selepas iqrar. Ia melibatkan keterangan seseorang saksi yang bersifat benar tentang hak atau kepentingan orang lain dengan menggunakan lafaz ashhadu. Oleh yang demikian, syahadah merupakan salah satu cara untuk menegakkan dan memelihara keadilan dalam sistem kehakiman Islam. Walau bagaimanapun, syahadah dilihat mempunyai ciri-ciri yang agak tegas untuk diaplikasikan melalui syarat-syarat, bilangan dan juga proses tazkiyah al-shuhud. Walaupun ia dianggap tegas dan sukar untuk diaplikasikan terutama dalam situasi semasa, syahadah sebenarnya mengandungi ciri-ciri keadilan sebagai prinsip asas dalam sistem kehakiman Islam. Maka artikel ini cuba mengupas prinsip-prinsip keadilan yang ada di sebalik pensyariatan syahadah supaya matlamat sistem kehakiman Islam dapat dicapai walaupun diaplikasikan dalam konteks dunia moden.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18121
Appears in Collections:JFMR - Vol. 9, 2017

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Prinsip Keadilan dalam Sistem Kehakiman Islam Tumpuan Khusus terhadap Konsep Syahadah.pdf1.15 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.