Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18125
Title: Cadangan Mewujudkan Logo Pengiktirafan Zakat Perniagaan: Kajian Terhadap Usahawan Muslim di Selangor
Authors: Faezy Adenan
Siti Amirah Abd Rahghni
Hairunnizam Wahid
Sanep Ahmad
Keywords: Usahawan Muslim
Logo Pengiktirafan Membayar Zakat Perniagaan
CSR
Issue Date: 2017
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Kesedaran membayar zakat perniagaan dalam kalangan usahawan Muslim di Selangor masih lagi rendah. Malah kajian ini mendapati sumbangan kutipan zakat perniagaan juga masih lagi rendah berbanding pembayaran zakat pendapatan di Selangor. Fenomena ini sebenarnya akan mengurangkan ruang dan potensi pengagihan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang lebih menyeluruh dan adil. Persoalannya adakah isu ini dapat diatasi oleh pihak LZS dengan memperkenalkan satu bentuk anugerah kepatuhan membayar zakat perniagaan dalam bentuk logo tertentu. Sudah pastilah penganugerahan logo ini sebagai satu pengiktirafan kepada organisasi yang patuh membayar zakat perniagaan secara konsisten dan telah menjalankan tanggungjawab sosial syarikat (CSR). Logo ini sebenarnya merupakan satu bentuk imej korporat yang baik kepada sesebuah organisasi yang berkemungkinan menjadi satu bentuk medium pemasaran produk kepada masyarakat dan akhirnya akan mendapat keuntungan ekonomi. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan cadangan pengenalan logo ini terhadap kemungkinan usahawan tersebut membayar zakat perniagaan. Kajian ini juga turut menguji beberapa pemboleh ubah yang lain yang mempengaruhi kepatuhan membayar zakat perniagaan termasuklah faktor sikap usahawan, imej korporat, serta faktor untung ekonomi. Kajian menemu bual seramai 210 responden usahawan Muslim di daerah Klang dan daerah Petaling, Selangor. Satu model kepatuhan pembayaran zakat perniagaan dibina dengan memasukkan pemboleh ubah logo kepatuhan membayar zakat. Hasil kajian mendapati kesedaran membayar zakat perniagaan masih lagi rendah namun sekiranya pengenalan logo kepatuhan membayar zakat ini diperkenalkan oleh LZS, kajian mendapati kemungkinan berlaku peningkatan dalam pembayaran zakat korporat. Kajian mendapati cadangancadangan mewujudkan logo ini mendapati reaksi yang positif dan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembentukan identiti serta imej CSR sesebuah organisasi atau syarikat. Beberapa implikasi kajian turut dibincangkan dalam kajian ini.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18125
Appears in Collections:JFMR - Vol. 10, 2017



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.