Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18138
Title: Fatwa Sebagai Rujukan dan Autoriti di Mahkamah Sivil Malaysia
Authors: Mohd Kamel Mat Salleh
Mohd Al Adib Samuri
Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Keywords: Fatwa
Autoriti
Mahkamah
Sivil
Issue Date: 2018
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri memperuntukkan bahawa fatwa diiktiraf di mahkamah sivil Malaysia. Ini membolehkan hakim merujuk kepada fatwa dalam kes yang dibicarakan. Namun, kedudukan fatwa dan pendapat mufti sebagai autoriti di mahkamah sivil masih memerlukan penjelasan. Artikel ini akan mengemukakan sudut pandang keautoritian fatwa dalam penghakiman di mahkamah sivil. Method analisis dokumen terhadap kes-kes mahkamah akan digunakan bagi mengenal pasti sama ada pandangan mufti dan fatwa yang dikeluarkan itu benar-benar menjadi rujukan dan berautoriti di mahkamah sivil Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian kes di mahkamah sivil merujuk dan menerima fatwa yang dikeluarkan oleh institusi fatwa di negara ini. Ini menjelaskan kedudukan fatwa yang membantu para hakim dalam menyelesaikan pertikaian di mahkamah sivil terutamanya jika pertikaian itu melibatkan hukum syarak. Rujukan fatwa di mahkamah sivil berkemungkinan kerana ketidakmampuan hakim menyelesaikan pertikaian yang melibatkan hukum syarak. Terdapat juga fatwa yang tidak dirujuk berkemungkinan hakim berpandangan tiada keperluan untuk merujuk kepada fatwa memandangkan undang-undang bertulis sivil lebih relevan dan terpakai. Kajian ini penting bagi menggambarkan kedudukan fatwa sebagai sumber hukum yang berautoriti dalam sistem peradilan di Malaysia malahan pengaruhnya merentasi mahkamah sivil yang sekular.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18138
Appears in Collections:JFMR - Vol. 11, 2018

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Fatwa Sebagai Rujukan dan Autoriti di Mahkamah Sivil Malaysia.pdf1.12 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.