Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18145
Title: Pendekatan Ijtihad Jama‘I dalam Pengharmonisasian Ikhtilaf Fuqaha
Authors: Syed Salim Syed Shamsuddin
Abdul Manan Ismail
Keywords: Differences of opinion
ijtihad
fatwa
fiqh
usul al-fiqh
Ikhtilaf
fikah
usul fikah
Issue Date: 2018
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Perbezaan pendapat dalam permasalahan fikah (ikhtilaf fiqhi) yang berlaku dalam kalangan fuqaha dan mujtahid merupakan satu lumrah dalam syariat Islam. Kepelbagaian pendapat dan pandangan ini jika dikumpulkan akan dapat menghasilkan buah fikiran yang lebih bernas dan baik sekaligus dapat menyatukan kepelbagaian tersebut demi mengharmonisasikan percanggahan yang berlaku. Artikel ini menghuraikan pendekatan ijtihad secara kolektif (ijtihad jama‘i) sebagai wadah untuk mencari titik pertemuan di antara ikhtilaf yang berlaku dalam fikah. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis dokumen terhadap karangan para ulama terdahulu dan terkini yang berkaitan dengan permasalahan ikhtilaf dan ijtihad. Hasil kajian menunjukkan perbezaan dan percanggahan pendapat dalam kalangan fuqaha ini diterima selagi ia mengikut prinsip-prinsip yang telah ditetapkan serta tidak membawa kepada perpecahan sesama masyarakat. Selain itu, didapati bahawa ijtihad jama‘i mampu menghimpunkan pandangan-pandangan tersebut yang akhirnya akan melahirkan pandangan yang sama atau hampir sama. Ini penting bagi menangani kepesatan teknologi dan penemuan-penemuan baharu yang semakin kompleks yang memerlukan kepada fatwa dan ijtihad baharu serta sesuai dengan keperluan semasa.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18145
Appears in Collections:JFMR - Vol. 12, 2018

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pendekatan Ijtihad Jama‘I dalam Pengharmonisasian Ikhtilaf Fuqaha.pdf1.15 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.