Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18146
Title: Kedudukan Orang Kelainan Upaya (OKU) Sebagai Asnaf Ar-Riqab di Malaysia
Authors: Azman Ab Rahman
Keywords: Orang Kelainan Upaya (OKU)
Asnaf
zakat
ar-riqab
Malaysia
Issue Date: 2018
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Kajian ini dijalankan bagi menganalisis dan mengenal pasti kedudukan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai asnaf ar-riqab dalam konteks pada masa kini. Isu ini dapat dibincangkan dengan memahami perluasan konsep dan interpretasi asnaf ar-riqab berdasarkan ijtihad para ulama. Perluasan konsep dan interpretasi asnaf ini adalah penting agar ia lebih bersifat holistik dan bersesuaian dengan maslahat semasa. Persoalannya, adakah perluasan konsep dan interpretasi ar-riqab ini membolehkan golongan OKU dikategorikan di bawah golongan ar-riqab dan apakah ‘illah yang membolehkan mereka dimasukkan sebagai golongan ini? Justeru, objektif kajian ini adalah untuk memahami definisi sebenar asnaf ar-riqab menurut ulama’ dulu dan kini termasuk fatwa-fatwa yang berkaitan dengannya serta mengetahui perluasan konsep dan interpretasi ar-riqab oleh para ulama. Kajian ini juga akan menilai kedudukan OKU sebagai asnaf zakat dan mengenalpasti kriteria-kriteria OKU yang boleh dimasukkan sebagai asnaf ar-riqab. Kajian mendapati bahawa bahawa OKU layak menerima zakat tetapi mestilah berdasarkan kriteria dan syarat yang telah ditetapkan oleh Syarak, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan. Perkara ini penting kerana ia merupakan satu ijtihad yang perlu mengambil kira semua aspek sebelum sesuatu ketetapan hukum ditentukan. Diharapkan kajian ini menjadi panduan kepada institusi zakat dan Majlis Agama Islam Negeri dalam melihat semula keperluan sama ada OKU layak diberikan zakat atau sebaliknya.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18146
Appears in Collections:JFMR - Vol. 12, 2018

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kedudukan Orang Kelainan Upaya (OKU) Sebagai Asnaf Ar-Riqab di Malaysia.pdf1.2 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.