Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18151
Title: Al-Aslu Fi Al-Asyya’ Baina Al-Ibahah Aw Al-Hazr: Pemakaiannya dalam Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Authors: Mushaddad Hasbullah
Zulfaqar Mamat
Mohamad Zaharuddin Zakaria
Keywords: Kaedah fiqhiah,
Keputusan MJFK
Issue Date: 2018
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Kajian ini cuba mendedahkan permasalahan mengenai asal sesuatu perkara yang tidak mempunyai dalil yang jelas dan terperinci samada ianya haram ataupun harus, ini kerana para fuqaha’ telah berselisih pendapat mengenai perkara ini, di mana sebahagian daripada mereka telah menjadikan al aslu fi al asyya’ al ibahah sebagai satu kaedah fiqhiah yang digunapakai dalam mazhab, dan sebahagian yang lain menggunakan kaedah al aslu fi al asyya’ al hazr. Penulis cuba menjelaskan perselisihan ulama mengenai perkara tersebut beserta dengan dalil-dalil dan pendapat yang rajih. Seterusnya penulis menilai pemakaian kaedah ini dalam MJFK, dimana ia menunjukkan pengaplikasiannya lebih tertumpu dalam bab hukum berkaitan makanan dan minuman. Kajian juga mendapati kaedah ini bukan digunakan sebagai dalil utama sebaliknya hanya sebagai hujah yang menyokong dalil utama tersebut. Adalah diharap agar kajian ini akan dapat memberi satu pendedahan baru kepada masyarakat tentang penggunaan kaedah al aslu fi al asyya’ al ibahah dalam pembuatan sesuatu keputusan hukum.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18151
Appears in Collections:JFMR - Vol. 13, 2018

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Al-Aslu Fi Al-Asyya’ Baina Al-Ibahah Aw Al-Hazr.pdf1.17 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.