Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18154
Title: Penggunaan Pisau Mekanikal dalam Industri Sembelihan Ayam Halal: Analisis Menurut Perspektif Maqasid al-Shariah
Authors: Tuan Sidek T.M.
Ridzwan Ahmad
Keywords: pisau mekanikal,
sembelihan,
maqasid,
halal,
maslahah.
Issue Date: 2018
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Pertambahan bilangan penduduk dunia serta perubahan gaya hidup dan makan menyebabkan timbul keperluan untuk penghasilan daging ayam yang lebih banyak bagi memenuhi keperluan pengguna. Oleh itu, ia menuntut penghasilan produk dalam kuantiti yang besar dengan kaedah yang lebih baik. Dalam usaha tersebut, perkembangan sains dan teknologi serta wujudnya faktor kecekapan kos membawa kepada pengenalan pisau mekanikal dalam industri sembelihan ayam. Walau bagaimanapun, dari sudut fiqh, terdapat perbezaan pendapat di kalangan sarjana Islam berkenaan keharusan penggunaannya. Ada pendapat yang mengatakan harus dan begitulah juga sebaliknya. Sehubungan dengan itu, tulisan ini dikemukakan untuk membincangkan perbezaan ini dan menilai pelbagai pandangan tersebut menurut ukuran maqasid al-shari’ah. Antara ciri utama pengukuran berdasarkan maqasid ialah penekanan kepada pencapaian maslahah dan penolakan mafsadah. Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen. Pelbagai pandangan ulama mengikut pelbagai mazhab, pandangan-pandangan fuqaha’ kontemporari dan realiti industri sembelihan halal semasa dibincangkan dan dianalisis berasaskan ukuran maslahah mafsadah berpandukan pelbagai kaedah dalam pengukuran maqasid al-shariah. Hasil daripada analisis, dapat disimpulkan bahawa secara asasnya penggunaan pisau mekanikal adalah harus. Walaupun begitu, aplikasinya dalam industri sembelihan halal adalah rumit dan memerlukan kepada garis panduan yang sangat ketat dan dipatuhi oleh rumah-rumah sembelihan untuk memastikan ia patuh syarak dan dapat menjaga maslahah semua pihak yang terlibat.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18154
Appears in Collections:JFMR - Vol. 13, 2018



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.