Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18157
Title: Al-Nahyu (Perintah Larangan) dan Kesannya dalam Bidang Muamalat: Satu Analisis
Authors: Ahmad Zakirullah Mohamed Shaarani
Ridzwan bin Ahmad
Keywords: Al-Nahyu
Fasid
Shariah audit
akad
Wasf al-Lazim
Issue Date: 2018
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Al-Nahyu atau tuntutan untuk meninggalkan sesuatu perkara adalah satu tajuk yang sangat penting dalam bidang perundangan Islam termasuk dalam bidang muamalat. Ia membincangkan tentang larangan dan status perbuatan seseorang mukalaf itu sama ada ia adalah sah ataupun tidak, dan kesan-kesan darinya. Justeru kajian ini akan mengupas tentang akad-akad yang tidak memenuhi rukun di samping wujud pula larangan-larangan Syarak padanya, juga apakah kesan perbuatan tersebut bagi mereka yang berakad atau yang melakukan sesuatu transaksi kewangan itu. Selain itu juga, kajian akan mengupas tentang bagaimanakah cara dan metod pembetulan dan pembaikan yang boleh diterima bagi sesuatu transaksi yang terbatal itu dan seterusnya dapat mengelakkan mereka yang terjerumus dalam akad yang terbatal itu berada dalam kesukaran dan kepayahan. Kajian ini adalah berdasarkan kajian berbentuk perpustakaan sepenuhnya. Hasil kajian mendapati bahawa tuntutan Syarak sama ada tuntutan berbentuk larangan atau perintah boleh membatalkan sesuatu akad jika ia berkaitan asas atau rukun sesuatu akad dan transaksi, atau juga jika ia telah menjadi sebahagian dari transaksi itu sendiri. Namun jika ia berkaitan perkara sampingan maka ia tidak membatalkan akad namun menjadikan akad tersebut hukumnya adalah haram sekalipun ia adalah sah. Kesan-kesan dari akad yang batal dan fasid dapat dilihat seperti sama ada ia perlu dilakukan semula, juga ianya berkaitan hak-hak pihak yang terlibat dalam akad sebegini, iaitu adanya kesan-kesan Syarak bagi akad yang sahatau sebaliknya tiada kesan-kesan Syarak bagi akad yang tidak sah. Hasil kajian juga mendapati bahawa sesuatu akad yang tidak sah itu boleh diperbaiki dengan beberapa cara dan ini dikira dapat memberi peluang kepada mereka yang melakukan sesuatu kesalahanitu memperbaiki kesilapan mereka tanpa menjerumuskan mereka ke dalam kesukaran dan kepayahan.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18157
Appears in Collections:JFMR - Vol. 14, 2018

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Al-Nahyu (Perintah Larangan) dan Kesannya dalam Bidang Muamalat Satu Analisis.pdf1.35 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.