Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18932
Title: Analisis Metodologi Kritikan Ḥadith dan Pensejarahan Ibn Ḥibban al-Busti (m. 354/965) Berhubung Sirah Nabi
Authors: Dr. Muhammad Fawwaz Bin Muhammad Yusoff
Keywords: Ibn Ḥibba
Kitab al-Thiqat
Metodologi Kritikan Ḥadith
Historiografi
Sira
Tarajim
Issue Date: 1-Jul-2019
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Metodologi krtikan ḥadīth berkembang dalam dunia Islam sejak abad pertama hijrah dan masih menjadi ciri khas kesarjanaan Islam sehingga hari ini. Salah seorang ilmuwan ḥadīth prolifik, Ibn Ḥibbān al-Bustī telah menghasilkan kamus biografi Kitāb al-Thiqāt yang merupakan karya berharga buat pengkajian tiga abad pertama hijrah samada daripada sudut metodologi kritikan ḥadīth mahupun rakaman sejarah awal Islam yang tidak berhubungan dengan ilmu ḥadīth. Artikel ini menyusur galur penggunan metodologi kritikan ḥadīth dan kerangka kronologi bagi penilaian tekstual warisan nabawi serta pengelompokan generasi manusia dari masa atau zaman yang sama (ṭabaqāt). Dengan menggunakan dua kajian kes berserta analisis kandungan, percubaan makalah ini adalah untuk membentangkan pendekatan Ibn Ḥibbān terhadap sīra Nabi Muhammad lantas menuju kepada beberapa pertimbangan umum mengenai hubungan ilmu ḥadīth dan pensejarahan (historiografi). Hasil kajian memperlihatkan pendekatan pensejarahan melalui metodologi kritikan ḥadīth lahir daripada interaksi Ibn Ḥibbān bersama teks sīra serta perhubungan aktif yang menggabungkan elemen-elemen berlainan; apa yang dibaca Ibn Ḥibbān, metodologi beliau, kecenderungan ideologi, aspirasi di dalam penulisan al-Thiqāt dan lain-lain lagi. Secara keseluruhannya, kesemua hasil kerja beliau membolehkan para pembaca atau penyelidik untuk merungkaikan pelahiran maksud berlainan dan unik berhubung cerita kehidupan Nabi Muhammad.
Description: Global Journal Al-Thaqafah (GJAT), July 2019, Volume 9, Issue 1
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18932
ISSN: 2232-0474
2232-0482
Appears in Collections:Global Journal al-Thaqafah



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.