Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18939
Title: Hisbah Dan Kepentingannya Dalam Runding Cara Perkahwinan
Authors: Nurul Hanis Sufia Othman
Noornajihan Jaafar
Ahmad Kamel Mohamed
Keywords: hisbah
runding cara perkahwinan
sunnah
pegawai runding cara
Issue Date: 28-Aug-2018
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Hisbah merupakan sebuah konsep yang menekankan tentang amar ma’ruf nahi munkar dan menjadikan ia penting dalam kehidupan muslim yang mengharapkan syurga sebagai ganjaran mentaati Allah SWT. Pada masa kini, peningkatan kes perceraian dan cara untuk mengurangkannya melalui runding cara perkahwinan merupakan isu yang hangat diperkatakan dan merupakan pernyataan masalah kepada kajian ini. Justeru, objektif kajian ini dilakukan ialah untuk menggali isu-isu berkaitan perceraian, meneliti definisi dan konsep hisbah, dan membincangkan kepentingan melaksanakan hisbah dalam runding cara perkahwinan. Metod kajian ini menggunakan kaedah deskriptif dan analisis kandungan. Kajian ini mendapati bahawa konsep hisbah yang dibawa oleh Imam al-Ghazali sangat praktikal untuk diaplikasikan dalam runding cara perkahwinan. Melalui kajian ini diharapkan konsep hisbah menjadi keutamaan dalam sesi runding cara perkahwinan kerana konsep ini sangat baik bagi menghasilkan muslim yang sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan yang dilakukan. Kajian ini juga dapat memberikan impak dalam meningkatkan lagi kualiti runding cara dalam kalangan pegawai yang dilantik agar statistik perceraian dapat dikurangkan. Hisbah is a concept that emphasizes on amar ma'ruf nahi munkar, which is an important aspect in the life of a Muslim who hopes for heaven as a reward of obeying Allah SWT. Currently, the increment of divorce cases and how to decrease it through marriage consultation is now a trending issue and the problem statement raised in this research related to this matter. As a result, the objective of this study is to determine the issues regarding divorce, to ponder on the definition and concept of hisbah and to discuss the importance of hisbah in marriage consultations sessions. This study employs the use of descriptive method and content analysis to achieve its objective. The findings of the study show that the concept of hisbah as brought by Imam al-Ghazali is very practical to be implemented in marriage consultations. Therefore, it is hoped that the concept of hisbah will be a priority in the marriage consultations session, as it is seen as a tool to produce good Muslims who would be constantly cautious in every of his/her action. This study is important due to its impact on improving the quality of consultation among appointed officers in order to reduce the divorce statistics.
Description: VOL. 15 (OCT.) 2018: page : 127-136 , Journal of Islamic Social Sciences and Humanities
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18939
ISSN: 2232-0431
2504-8422
Appears in Collections:Journal of Islamic Social Sciences and Humanities

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Hisbah Dan Kepentingannya Dalam Runding Cara Perkahwinan.pdf401.94 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.