Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18950
Title: Penguasaan Pembelajaran Al-Qur’an Berbantukan Aplikasi Multimedia Interaktif Smart Iqra’: Kajian Di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma, Pulau Pinang
Authors: Nur Atiqah Binti Abdul Azi
Dr. Noornajihan Binti Jaafar
Keywords: pembelajaran al-Quran
aplikasi multimedi interaktif
Smart Iqra’
Issue Date: Dec-2018
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Proses pengajaran berbantukan multimedia mampu menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Pemilihan perisian pembelajaran al-Quran berasaskan multimedia yang mengambil kira perbezaan dan kemampauan individu adalah penting dalam memastikan objektif dan hasil pembelajaran tercapai serta berupaya membantu mempercepatkan proses pembelajaran al-Quran. Artikel ini membincangkan penguasaan pembelajaran al-Quran berbantukan aplikasi multimedia interaktif Smart Iqra’. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penguasaan pembelajaran al-Quran dalam kalangan murid OKUMP di SKPK, Alma dalam menggunakan aplikasi multimedia interaktif Smart Iqra’. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian pemerhatian dan temubual separa berstruktur bagi menilai proses pembelajaran al-Qur’an murid-murid di SKPK Alma. Di samping itu, kajian ini juga menggunakan kaedah analisis dokumen bagi mendapatkan laporan pencapaian J-qaf. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan aplikasi Smart Iqra’ ini memberi impak yang positif kepada murid-murid dari sudut peningkatan kualiti penguasaan al-Quran serta mempunyai keupayaan mempelajari bacaan al-Quran dengan baik. Hal ini penting dalam memberi sumbangan yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Diharapkan para guru dapat merancang pengajaran secara sistematik dengan bantuan perisian Smart Iqra’ supaya pengajaran al-Quran yang dianggap sukar oleh kebanyakan pelajar OKUMP akan menjadi suatu mata pelajaran yang mudah dan menyeronokkan.
Description: JQSS – Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs Vol. 2 (2) December 2018, no ISSN 2590-3799
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18950
ISSN: 2590-3799
Appears in Collections:Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs (JQSS)



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.