Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/19320
Title: Kaedah-Kaedah Pembuktian Kes Hibah Di Mahkamah Syariah Di Malaysia: Rujukan Kes-Kes Dalam Jurnal Hukum
Authors: Amir Husin Mohd Nor
Wan Abdul Fattah Wan Ismail
Lukman Abdul Mutalib
Ahmad Syukran Baharuddin
Hasnizam Hashim
Keywords: Undang-undang Keterangan Islam
hibah
kaedah pembuktian
kesaksian
qarinah
Issue Date: Dec-2018
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Keterangan merupakan elemen penting dalam sesuatu perbicaraan. Keterangan yang mematuhi kaedahkaedah yang ditentukan oleh syarak menentukan sama ada sesuatu dakwaan atau tuntutan itu berjaya ataupun gagal. Pihak-pihak yang bertikai tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengemukakan sebarang bentuk keterangan dalam membuktikan dakwaan atau tuntutan atau penafian. Islam telah menggariskan kaedah-kaedah pembuktian yang diterima dan diamalkan seperti bayyinah, syahadah, Iqrar, qarinah, keterangan dokumen, keterangan pakar, qasamah, sumpah dan li’an. Artikel ini akan mengkaji isu-isu yang berlaku yang berkaitan dengan kaedah pembuktian dalam kes hibah di mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia. Tumpuan diberikan dalam kes hibah kerana ianya merupakan salah satu kes yang banyak dilaporkan dalam Jurnal Hukum. Metodologi yang digunakan adalah kajian kepustakaan yang memfokuskan kepada kes-kes hibah yang dilaporkan dalam Jurnal Hukum. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pembuktian melaui kesaksian dan qarinah selalu digunakan dalam membuktikan fakta-fakta berkaitan kesahihan hibah yang telah dilakukan bertahuntahun lamanya dan juga membuktikan wujudnya qabd (penerimaan) hibah tersebut. Selain, keterangan dokumen, ikrar dan sumpah juga digunakan dalam membuktikan fakta-fakta berkaitan dengan kes hibah.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/19320
Appears in Collections:MJSL, Vol. 8, No.2, Disember 2018



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.