Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/19321
Title: Faktor Luar Kawalan Dalam Penentuan Status Talak Tiga Sekali Lafaz Di Mahkamah Syariah
Authors: Zaini Bin Nasohah
Mahfuzah Binti Abdul Shukor
Keywords: Faktor,
Perceraian,
Talak Tiga,
Lafaz Talak,
Mahkamah Syariah.
Issue Date: Dec-2018
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Perceraian melalui lafaz talak tiga dalam satu masa merupakan perkara yang diperselisihkan dikalangan fuqaha. Perbezaan pendapat ini turut mencorakkan keputusan-keputusan mahkamah dalam membuat pengesahan status lafaz talak berkenaan. Selain faktor lafaz sorih dan kinayah, terdapat faktor-faktor lain yang boleh menentukan status lafaz talak tiga sekali lafaz. Makalah ini bertujuan membincangkan kesan faktor-faktor luar kawalan suami yang melafaz talak dalam penentuan status talak tiga sekali lafaz di Mahkamah Syariah. Kajian ini adalah kajian kes menggunakan kaedah analisa kandungan. Data-data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif dan perbandingan. Hasil analisis mendapati faktor lain yang dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menentukan status kes talak tiga dalam satu lafaz ialah keadaan lafaz talak yang diucapkan dan keadaan suami sebelum, semasa dan selepas melafazkan talak. Ia merangkumi faktor-faktor luar kawalan iaitu sedar, paksaan, hilang pertimbangan, hilang kawalan diri dan kejahilan tentang kesan talak. Faktor-faktor tersebut boleh dibuktikan menerusi sumpah ataupun dokumen perubatan.
Description: Malaysian Journal of Syariah and Law (MJSL) MJSL - Volume 8, No.2, December 2018
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/19321
Appears in Collections:MJSL, Vol. 8, No.2, Disember 2018

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Faktor Luar Kawalan Dalam Penentuan Status Talak Tiga Sekali Lafaz Di Mahkamah Syariah.pdf777.78 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.