Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/19322
Title: Pensijilan Halal: Prosedur Dan Implementasi Di Indonesia
Authors: Zulkifli
Mualimin Mochammad Sahid
Keywords: pensijilan,
sijil, halal,
lppom-mui,
halalan,
toyyiban,
prosedur
Issue Date: Dec-2018
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Islam hadir untuk membimbing manusia supaya dapat memilih diantara perkara-perkara yang benar dan yang sia-sia, termasuk juga urusan halal dan haram berkaitan dengan makanan yang dimakan. Makanan adalah keperluan utama setiap manusia, namun apa-apa makanan yang perlu dimakan mestilah dalam keadaan selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan. Dari aspek agama Islam, makanan yang aman adalah yang berasal dari bahan yang halal, cara memprosesnya yang baik, penyembelihan serta cara mendapatkannya juga perlu betul. Sebagai negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam, kerajaan Indonesia bertanggungjawab untuk mengekalkan produk makanan halal. Ini dinyatakan dalam surat al-Maidah ayat 88, al-Mu'minun ayat 51, al-Baqarah ayat 172, 168 dan pelbagai hadis Nabi Muhammad SAW. Produk halal merupakan perkara penting yang menjadi trend dan berkembang dalam keperluan pasaran kini. Ia memberi kesan dan mengubah simbol jaminan kualiti dan pilihan gaya hidup. Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan bahawa Islam sangat mementingkan perkara berkaitan makanan yang halal dan baik (Halalan Thayyiban). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pengajaran agama Islam tidak pernah berbeda dengan teori perubatan mana pun. Allah SWT telah menerangkan kebaikan kerana mengambil makanan yang halal, dan keburukan kerana mengambil yang haram. Untuk mempastikan produk itu halal, perlu melibatkan kerajaan dalam memantau pengeluar makanan dan pengurus pasaran, supaya mereka menjalankan beberapa ujian halal serta mendapatkan sijil halal sebelum menjual sebarang produk. Di Indonesia, terdapat beberapa tahapan untuk mendapatkan sijil halal, diantaranya adalah dengan menyerahan permohonan kepada LPPOM-MUI, proses audit dokumen, kajian lokasi, kajian hasil audit dan keputusan hasil permohonan.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/19322
Appears in Collections:MJSL, Vol. 8, No.2, Disember 2018

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pensijilan Halal Prosedur Dan Implementasi Di Indonesia.pdf937.98 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.