Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/19333
Title: Konsep Pengabaian Dan Kecuaian Kanak-Kanak Oleh Ibu Bapa Dan Penjaga Di Malaysia
Other Titles: The Concept Of Child Neglect By Parents And Guardians In Malaysia
Authors: Nurul Izzah Izzati Hashim
Wafaa’ Yusof
Zuliza Mohd Kusrin
Keywords: pengabaian dan kecuaian kanak-kanak,
perlindungan kanak-kanak,
ibu bapa/penjaga,
pendakwaan,
Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016,
undang-undang sivil,
undang-undang syariah
Issue Date: Jun-2019
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Kes pengabaian dan kecuaian kanak-kanak oleh ibu bapa atau penjaga semakin meningkat di Malaysia walaupun telah wujud peruntukan-peruntukan undang-undang yang mengawalnya. Kejadian yang berlaku seolah-olah tiada kaedah yang mampu menangani memandangkan jarang sekali kedengaran golongan ini dibawa kemuka pengadilan. Justeru, artikel ini bertujuan menganalisis maksud dan beza pengabaian dan kecuaian kanak-kanak dengan penderaan. Kajian juga akan menganalisis bentukbentuk pengabaian dan kecuaian kanak-kanak yang dilaporkan di akhbar-akhbar dan jaminan perundangan yang mengawalnya di Malaysia. Data-data yang diperoleh dianalisis secara diskuptif dan dipersembahkan mengikut tema-tema bersesuaian. Hasil kajian mendapati bahawa konsep pengabaian dan penderaan berbeza walaupun seringkali digunapakai. Bentuk-bentuk pengabaian yang sering berlaku kepada kanak-kanak ialah pengabaian dari segi fizikal, seksual, pendidikan dan mental. Selain itu, jaminan perundangan di Malaysia berkaitan kesalahan pengabaian dan kecuaian kanak-kanak adalah terletak di dalam seksyen 17(1) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016. Manakala di dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri pula dinyatakan di dalam seksyen 84(e). Walaubagaimanapun, peruntukan ini tidak mengkhususkan secara langsung jenis pengabaian dan kecuaian kanak-kanak. Kajian ini diharapkan mampu memberikan pencerahan tentang jaminan yang wujud berkaitan isu pengabaian dan kecuaian dalam memberikan perlindungan kepada kanak-kanak di Malaysia.
Description: MJSL - Volume 7, No.1 June, 2019
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/19333
Appears in Collections:MJSL, Vol. 7, No.1, June 2019

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Konsep Pengabaian Dan Kecuaian Kanak-Kanak Oleh Ibu Bapa Dan Penjaga Di Malaysia.pdf1.1 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.