Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/19344
Title: Penentuan Agama Kanak-Kanak Apabila Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam Menurut Perspektif Undang-Undang Dan Syariah: Kajian Kes Indira Gandhi A/P Mutho
Authors: Hendun Abd Rahman Shah
Norfadhilah Mohd Ali
Zulkifli Hassan
Ahmad Syukran Baharuddin
Irwan Mohd Subri
Siti Robiatun Addawiyah Roslan
Keywords: Religion of child,
conversion to Islam,
maqasid al-shari’ah,
Islamic family law,
fatwa
Issue Date: Dec-2019
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Penentuan agama kanak-kanak apabila salah seorang ibu bapa memeluk islam telah menjadi satu polemik dalam institusi perundangan dan kekeluargaan di Malaysia. Kes-kes perebutan anak yang memberi implikasi kepada kanak-kanak terbabit, terutamanya dalam isu penentuan agama, telah menyebabkan pihak-pihak cuba mendapatkan hak jagaan yang sah melalui mahkamah. Namun begitu, sebagai negara yang mengamalkan dwi sistem perundangan yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan kes-kes berkaitan kekeluargaan Islam dan Mahkamah Sivil untuk keskes berkaitan kekeluargaan bukan Islam, isu pertindanan bidang kuasa apabila melibatkan salah satu pasangan menukar agamanya masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Justeru, artikel ini bertujuan membuat kajian kes Indira Ghandi A/P Mutho [2018] yang telah diputuskan di Mahkamah Persekutuan. Metodologi yang digunakan adalah melalui analisa dan kajian kes berdasarkan persoalan undang-undang dan pandangan hakim-hakim dalam kes ini, serta membuat perbandingan dengan hukum syarak dan pandangan mazhab fiqh dan fatwa kontemporari. Artikel ini akan dimulakan dengan penyataan latar belakang kes, disusuli isu penentuan agama anak mengikut perspektif undang-undang dengan beberapa isu seperti kuasa semakan kehakiman, pendaftaran penukaran agama kepada agama Islam dan eizinan memeluk agama Islam daripada ibu atau bapa. Kemudian kajian dibuat dari perspektif Syariah yang merangkumi pandangan mazhab fiqh, serta fatwa-fatwa kontemporari, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan juga Fatwa Negeri Pahang. Akhir sekali artikel ini mengutarakan pandangan dan cadangan penyelesaian dari kedua-dua perspektif fiqh dan undangundang. The determination of the religion of the child has become an issue when one of the parents converts into Islam. This often results to disputes on the custody in court, which could give a grave impact on the welfare and the best interest of the child. In the Malaysian legal setting where both the civil and syariah courts co-exist in their respective spheres, there are nevertheless arguments on the overlapping jurisdictions or grey areas in respect to issues such as conversion and family law. This article analyses the decision of the Federal Court in the case of Indira Ghandi A/P Mutho [2018], its background, issues of judicial review, the jurisdiction of the Syariah courts, registration of conversion, consent from parent(s) and decisions from other related cases. It also studies the development of Islamic law on the issue of conversion, which includes juristic views from the major school of thoughts (mazahib), contemporary Islamic rulings (fatwa) and the official rulings of the National and State Fatwa Committee. This article provides suggestions for the issue in question, from both legal and shariah perspectives.
Description: MJSL - Volume 7, No.2 December, 2019
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/19344
Appears in Collections:MJSL, Vol. 7, No.2, December 2019



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.