Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/19635
Title: 40 Hadis tentang wabak penyakit
Authors: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Keywords: Hadith
Epidemic
Plague
Issue Date: 2020
Publisher: Ulum Hadith Research Centre Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract: Segala puji bagi Allah dengan segala rahmatNya karya ini berjaya dihasilkan. Buku kecil ini mengandungi 40 hadis yang dilihat mempunyai pengajaran berkaitan dengan penyebaran wabak penyakit yang berlaku pada hari ini. Secara umumnya, hadis-hadis ini ditulis berdasarkan matan daripada kitab yang asal. Pun begitu terdapat juga hadis yang diambil daripada sebahagian lafaznya sahaja. Ini bertujuan meringkaskan penulisan, disamping memberikan fokus kepada isi kandungan yang diambil. Dari aspek sanadnya pula, penulis hanya menukilkan perawi yang tertinggi (rawi al-a’la) sahaja, manakala nama-nama perawi yang lain dalam rantaian sanad telah ditinggalkan. Sumber hadis dinyatakan dibahagian terjemahan. Hadis yang dinukilkan daripada Sahih al-Bukhari dan Muslim tidak dinyatakan kedudukan hadis tersebut memandangkan kita telahpun menerimanya sebagai hadis sahih. Manakala hadis yang dinukil daripada selain dua kitab tersebut akan dinyatakan sumber serta status hadis tersebut. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Zulhilmi Mohamed Nor serta Dr. Mohd Yusuf Ismail (dimana keduanya mempunyai kepakaran dalam bidang hadis) atas kesudian mereka membaca dan menyemak karya ini.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/19635
Appears in Collections:Malay

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
40 HADIS WABAK PENYAKIT - DR. SANUSI.pdf1.26 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.