Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/19696
Title: 40 Hadis tentang Dakwah dan Tarbiah
Authors: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Keywords: Dakwah
Hadith
Issue Date: 2020
Publisher: Ulum Hadis Research Centre
Abstract: Segala puji bagi Allah dengan limpah rahmatNya karya ini berjaya dihasilkan. Buku kecil ini menghimpunkan 40 Hadis yang dilihat mempunyai pengajaran dalam perkara yang melibatkan dakwah dan tarbiah. Kebanyakan hadis dipilih berdasarkan kandungannya yang disampaikan dalam bentuk penceritaan. Ini bagi memudahkan pembaca memahami serta mengingati mesej yang ingin disampaikan. Secara umumnya, hadis-hadis ini ditulis berdasarkan matan daripada kitabnya yang asal. Pun begitu terdapat juga hadis yang diambil daripada sebahagian lafaznya sahaja. Ini bertujuan bagi meringkaskan penulisan, disamping memberikan fokus kepada isi kandungan yang diambil. Dari aspek sanadnya pula, penulis hanya menukilkan perawi yang tertinggi (rawi al-a’la) sahaja, manakala nama-nama perawi yang lain dalam rantaian sanad telah ditinggalkan. Sumber hadis dinyatakan di bahagian terjemahan. Hadis yang dinukilkan daripada Sahih al-Bukhari dan Muslim tidak dinyatakan status hadis tersebut memandangkan kita telahpun menerimanya sebagai hadis sahih. Manakala hadis yang dinukil daripada selain dua kitab tersebut akan dinyatakan sumber serta status hadis tersebut. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Zulhilmi Mohamed Nor serta Dr. Mohd Yusuf Ismail (yang mana keduanya mempunyai kepakaran dalam bidang hadis) atas kesudian mereka membaca dan menyemak serta memberikan komentar terhadap karya ini. Tidak lupa juga buat isteri tersayang, Puan Noraslina Abd Rahaman yang menguruskan kerja-kerja domestik yang membantu melancarkan penerbitan karya ini. Semoga bermanfaat.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/19696
Appears in Collections:Malay

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
40 Hadis Dakwah & Tarbiah Dr.Sanusi.pdf1.32 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.