Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/19759
Title: 40 Hadis tentang Politik dan Kepimpinan
Other Titles: 40 Hadith on Politic dan Leadership
Authors: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Keywords: Politic
Leadership
Hadith
Issue Date: 2020
Publisher: Ulum Hadis Research Centre
Abstract: Keghairahan dan kerakusan manusia dalam mengejar kuasa menjadikan mereka tergelincir dari landasan yang digariskan oleh syarak. Kekeliruan pemikiran moden seperti liberalisme dan sekularisme telah mengaburi neraca pertimbangan manusia. Kerangka pemikiran yang dibentuk melalui pertimbangan akal dan nafsu telah membenam asas maqasid yang direncanakan oleh syarak. Justeru, penghasilan karya yang menghimpunkan 40 Hadis berkaitan Politik dan Kepimpinan ini diharap dapat memberi sedikit panduan berhubung kuasa dan pemerintahan seperti yang pernah diungkapkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Secara umumnya, hadis-hadis ini ditulis berdasarkan matan daripada kitabnya yang asal. Pun begitu terdapat juga hadis yang diambil daripada sebahagian lafaznya sahaja. Ini bertujuan bagi meringkaskan penulisan, disamping memberikan fokus kepada isi kandungan yang diambil. Dari aspek sanadnya pula, penulis hanya menukilkan perawi yang tertinggi (rawi al-a’la) sahaja, manakala nama-nama perawi yang lain dalam rantaian sanad telah ditinggalkan. Sumber hadis dinyatakan di bahagian terjemahan. Hadis yang dinukilkan daripada Sahih al-Bukhari dan Muslim tidak dinyatakan status hadis tersebut memandangkan kita telahpun menerimanya sebagai hadis sahih. Manakala hadis yang dinukil daripada selain dua kitab tersebut akan dinyatakan sumber serta status hadis tersebut.Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Zulhilmi Mohamed Nor serta Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa atas kesudian mereka membaca dan menyemak serta memberikan komentar terhadap karya ini. Tidak lupa juga buat isteri tersayang, Puan Noraslina Abd Rahaman yang menguruskan kerja-kerja domestik yang membantu melancarkan penerbitan karya ini. Semoga bermanfaat.
URI: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/19759
ISBN: 978-967-15044-9-9
Appears in Collections:Malay

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
40 Hadis tentang Politik dan Kepimpinan.pdf2.57 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.