|
Abstract:
|
Kertas kerja ini mengupas isu masalah sosial di kalangan remaja pada hari ini. la
turut membincangkan secara ringkas tentang senario masalah sosial remaja di Malaysia pada
masa kini. Dalam melihat isu ini, penulis membentangkan konflik yang berlaku
antara remaja dan ibu bapa serta faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya konflik
tersebut. Punca berlakunya konflik ibu bapa dan remaja dilihat dari dua sudut yang
berbeza, iaitu faktor yang berpunca daripada ibu bapa dan konflik berpunca daripada
remaja. Sikap ibu bapa yang tidak prihatin dan tahap pngetahuan dan
harapan ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak merupakan faktor yang menyumbang
kepada timbulnya konflik remaja dengan ibu bapa. Dari sudut remaja pula ia dikatakan
berpunca daripada sikap remaja terhadap keluarga yang agak dingin, memberontak
dan mempunyai nilai yang bertentangan dengan nilai keluarga serta penerangan
terhadap harapan dan matlamat ibu bapa mereka. Di samping itu, kesan konflik antara
remaja dengan ibu bapa ke atas kedua-dua pihak turut diketengahkan dalam kertas
kerja ini, antara lain termasuk prubahan sikap remaja yang lebih bersifat memberontak
dan berkemungkinan lari dari rumah manakala ibu bapa mengalami tekanan perasaan
dan emosi. Sebagai langkah menangani masalah sosial di kalangan remaja,penulis
mengemukakan strategi-strategi mengatasi konflik antara remaja dan ibu bapa yang
seterusnya dapat mengurangkan risiko berleluasanya masalah sosial. Strategi tersebut
tennasuklah mencari penyelesaian masalah bersama, memberikan kasih sayang sejati
dan layanan mesra kepada anak-anak, memperuntukkan masa yang secukupnya untuk
anak-anak dan banyak lagi strategi yang diharapkan dapat membantu menangani
masalah sosial di kalangan remaja. |