Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/2731
Title: Peranan Kaunselor Sekolah Mempertingkatkan Kesedaran Kerjaya dalam Bidang Sains dan Matematik di Kalangan Pelajar Bumiputera
Authors: Sapora Sipon
Keywords: Student counselors--Malaysia
Issue Date: 21-Jan-2010
Abstract: Kekurangan pelajar bumiputera yang menceburi bidang Sains dan Matematik tidak boleh dipandang ringan sekiranya negara ingin menjadi sebuah negara yang berdaya teknologi tinggi seperti yang diinginkan dalam Wawasan 2020. Cabaran keenam Wawasan 2020 ialah untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan. Menjelang abad ke 21, nisbah pelajar adalah diharapkan 60% aliran Sains dan 40% aliran sastera. Pencapaian minat pelajar dalam bidang Sains dan Matematik disebabkan oleh beberapa faktor. Antara lain ialah pengetahuan ke rjaya, penghargaan kendiri, dan pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang Sains dan Matematik. Sebaliknya, faktor pendidikan seperti persiapan akademik yang lemah, kekurangan perancangan kerjaya, faktor-faktor psikososial seperti ketiadaan "role-model" dan adaptasi kerjaya yang rendah dan persepsi peluang pekerjaan menyebabkan pelajarpelajar kurang meminati mata pelajaran Matematik dan Sains. Kekurangan bimbingan dan kerjaya dalam bidang ini juga merupakan antara punca kelemahan pelajar-pelajar dalam bidang ini. Kebanyakan pelajar meminati Sains dan Matematik kerana lebih didorong oleh ibu bapa berbanding kaunselor. Pelajarpelajar sering tidak mengetahuilmenyedari arah tuju hidup mereka. Pelajar-pelajar yang kurang terdedah kepada individu yang boleh mereka berkongsi pendapat akan bergantung kepada maklumat dari sekolah.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2731
Appears in Collections:Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.