Please use this identifier to cite or link to this item: http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/5992
Title: Kerangka lntegriti Kepimpinan Islam: Pengajaran daripada Model Kepimpinan Rasulullah SAW
Authors: Adanan Mat Junoh
Khairunneezam Mohd Noor
Keywords: Pemimpin
Kepimpinan
Integriti
Kepimpinan Islam
Issue Date: 6-Nov-2012
Abstract: Kepimpinan merupakan elemen penting dalam menentukan halatuju dun kejayaan sesebuah organisasi dan negara. Oleh yang demikian, pelbagai negara dan organisasi di dunia pada hari ini menubuhkan institut serta pusat pembangunan kepimpinan bagi melahirkan pemimpin yang kompetan untuk memimpin organisasi dan negara. Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk melahirkan pemimpin yang berketerampilan melalui pelbagai strategi latihan dan program pembangunan kepimpinan, namun dunia masih menyaksikan kegagalan pemimpin menerajui organisasi dan Negara yang didedahkan oleh pelbagai media. Pada masa yang sama, kita juga menyaksikan pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan isu-isu moral dan integriti. Lebih menyedihkan isu-isu yang agak memalukan ini juga melibatkan pemimpin dari dunia Islam. Padahal Islam dengan jelas menggariskan kepimpinan merupakan satu amanah dan bukannya satu kedudukan untuk kepentingan diri. Fenomena ini menimbulkan persoalan adakah program pembangunan kepimpinan tidak begitu berkesan untuk melahirkan pemimpin yang berintegriti serta cekap bagi mengemudi organisasi dan negara. Menyedari isu-isu moral yang melibatkan pemimpin sangat berkait rapat dengan integriti, maka kertas konsep ini mengemukakan kerangka integriti bagi kepimpinan Islam. Melalui kertas ini, penulis mencadangkan supaya integriti yang berpaksikan Islam menjadi dasar kepada kepimpinan Islam seperti yang pernah ditunjukkan oleh kepimpinan Rasulullah SAW. Kertas ini juga mencadangkan agar kerangka integriti menjadi asas kepada perencanaan program pembangunan kepimpinan atau lebih dikenali sebagai Leadership Development Program (LDP).
URI: http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/5992
Appears in Collections:International Conference on Islamic Leadership-2 (iCiL-2) 2012

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kerangka lntegriti Kepimpinan Islam; Pengajaran daripada Model Kepimpinan Rasulullah SAW.pdf170.97 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.